Wednesday

Bulan Masih Mengambang di Mu

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA : 8.29 PM (RASMI)

Walaupun majoriti undi hanyalah 65 sahaja, namun itu sudah cukup membuktikan betapa penduduk Manek Urai (MU) masih menginginkan biah solehah (InsyaALLAH) terus terpelihara. Tidak kiralah siapa pun calon yang PAS pertaruhkan, doktor ke, jurutera ke atau hanya seorang pemborong ikan. Itu bukanlah kayu ukurnya, yang penting dia adalah seorang yang terpelihara agamanya, yang ikhlas menjaga kebajikan rakyat sekelilingnya. Mungkin ada segelintir dari masyarakat MU pada awalnya kurang yakin dengan kebolehan Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) untuk menang pada PRK kali ini. Namun, dengan rasminya keputusan di atas, jelaslah bahawa Abe Uji adalah calon terbaik untuk N. 41 Manek Urai. Teringat saya pada kata2 salah seorang penyokong Islam di MU apabila diminta untuk komen tentang Abe Uji, katanya "Abe Uji ni ado ciri2 Pok Su Weil, walaupun dio tidoklah serupo sungguh denga Pok Su Weil, tapi diolah hok paling layok untuk gati tepak Pok Su Weil".

Sungguh..Allahyarham Pok Su Weil ialah seorang pemimpin yang disayangi rakyat. Buktinya, saat beliau menghembuskan nafas terakhir, teratak usang beliau dibanjiri dengan penduduk MU yang meratapi pemergian beliau.Moga2 rohnya diletakkan bersama para soliheen dan muttaqeen.

Untuk Abe Uji, selamat berbakti untuk rakyat dan berjuang untuk Islam.Takbir!

p/s: sedih x dapat turun ke MU.Nasib baik ayah sanggup jd reporter yg sgt berdedikasi.Trime kasih ayah!

No comments: