Tuesday

Permatang Pasir masih cerah.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mendahului pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 9618 undi berbanding 5067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.


sumber: harakahdaily


p/s: tak sempat nak buat entry sendiri...copy harakahdaily je..

_

Monday

Renungan bersama


"Fokus utama Ramadhan dalam al-Quran ialah diturunkan al-Quran. Sementara perkara2 lain adalah perkara kedua. Namun, kebanyakan kita tidak banyak memberi fokus kepada al-Quran. Kita banyak berkisar kepada puasa, solat tarawih, cara solat witir. Sedangkan fokus utama penurunan al-Quran mempunyai maksud yang jauh lebih besar..."-Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.






p/s: teringat satu ketika saya diberi peluang utk menyambut Ramadhan di Mesir & Makkah. Sungguh hidup bi'ah al-Quran. Dimana2 sahaja alunan Quran dapat didengar..Rindu!..rindu dengan suasana itu.

Thursday

Kedatanganmu dinanti...=)


Salam istiqamah seiring ibadah...
Alhamdulillah akhirnya penantian selama setahun untuk bertemu kembali dengan Ramadhan insya-ALLAH akan menjadi realiti esok..Namun, persoalan timbul dalam diri, bersediakah zahir dan batin untuk menjadikan Ramadhan ini yang terbaik?Apakah usaha untuk mencapai target Ramadhan kali ni?Moga2 ALLAH permudahkan segalanya.Dalam keadaan virus influenza A H1N1 yang menular dengan dahsyatnya pada hari ni, menjadikan ia salah satu cabaran kepada kita.Ramai di kalangan kita yang mudah diserang pelbagai penyakit dan dalam masa yang sama, kita ingin menunaikan ibadah puasa sesempurna mungkin..Jangan khuatir, insya-ALLAH pertolongan ALLAH itu bersama kita.Tingkatkan usaha mencegah virus ini dan tajdid niat untuk meliapat gandakan ibadah di bulan mulia.

Antara fadhilat Ramadhan yang menanti:

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Kebaikannya terlalu banyak..Rebutlah peluang yang mungkin terakhir buat kita..Tiada siapa di antara kita yang mampu menjamin kita akan dipertemukan dengan Ramadhan akan datang..Manfaatakanlah kedatangannya kali ini.Maksimakan ibadah minimakan maksiat..Marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain..Ibadah itu lebih indah jika dilakukan berjamaa'h.Manisnya sama dirasa..Moga ALLAH kurniakan kesihatan dan kemampuan kepada kita semua untuk menghidupkan Ramadhan ini.

sumber: klik& klik


p/s: Selamat menyambut Ramadhan buat semua...Maaf tak sempat nak balas semua testi n msg2 antum.Ape pun syukran jazilan.(^_^)

Monday

Permatang Pasir: 1 vs. 1

Selesai proses penamaan calon semalam mengesahkan Permatang Pasir akan menyaksikan PRK satu lawan satu tanpa pihak ketiga apabila calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris gagal menyerahkan kertas pencalonan atas sebab2 tertentu...PAS memberi kepercayaan kepada Mohd Salleh Man untuk bertanding mendepani Rohaizat Othman mewakili BN.





Tarikh untuk membuang undi adalah pada 25 Ogos 2009 bersamaan 4 Ramadhan 1430h...Kempen akan bermula semalam sehingga hari mengundi.Moga2 dengan keberkatan bulan Ramadhan akan melicinkan perjalanan kempen dan sesi pembuangan undi nanti.

sumber: harakahdaily


p/s: semua mengharapkan KETELUSAN & KEJUJURAN dari 'semua' pihak..

Nikmat & syukur.


"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, pasti tidak akan terhitung..."

Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ketiga saya berada di teratak keluarga saya...Namun demam saya belum jugak kebah.Sudah seminggu lebih..Mungkin kafarah dari ALLAH.Hmm..bukanla cerita demam ni yang nak dikongsi, tetapi sepanjang tempoh demam ni, saya seperti disedarkan ALLAH dengan kepergantungan kita pada DIA..

Betapa sebenarnya kita langsung tidak mampu berbuat ape pun tanpa bantuan atau izin ALLAH.Sepanjang seminggu lebih ni, nikmat yang ALLAH pinjamkan pada saya ditarik sedikit..Nikmat rasa, nikmat bau, nikmat mendengar dan sudah tentunya nikmat sihat.Mula2 susah rasanya, namun tarbiyah ALLAH tu kan indah...saya kembali sedar betapa selama nikmat itu dipinjamkan, adakah saya guna dengan sebaiknya?

Bukan saya tidak pernah mendengar tazkirah2 yang berkisarkan nikmat ALLAH, tapi apabila perkara itu sekadar teori, ia seperti angin yang berlalu pergi.Namun apabila disedarkan ALLAH secara praktikalnya, barulah sedar, betapa alpanya saya dalam menjaga nikmat yang ALLAH pinjamkan.Terdetik rasa syukur dalam diri diberi peluang untuk sedar dari terus leka dalam nikmatNYA.Alhamdulillah...

Dalam enak dibuai tarbiyah ALLAH ni, rasa syukur yang amat apabila nikmat paling besar iaitu Iman & Islam masih terus diberikan ALLAH dan semoga terus diberikan hingga akhir hayat.

Buat diri dan sahabat2,
janganlah angkuh berjalan di bumi milikNYA ini..kita tidak punya apa pun sebenarnya.kita hanya penghutang kepada ALLAH selama kita hidup di dunia.dan pastinya segala nikmat yang kita pinjam akan dipersoalkan kelak.Apakah nikmat yang diberi percuma kita abaikan atau kita manfaatkan?


p/s: tak mampu tulis panjang2...sekadar tak nak blog ni berhabuk.doakan kesihatan saya.

Wednesday

Pahit Manis Istiqamah


Tibe2 rasa nak cerita tentang istiqamah.Kebelakangan ni terasa diri semakin tidak istiqamah dalam amalan2 harian.Kenapa saya letak tajuk 'pahit manis istiqamah'?..Sebab secara peribadinya saya memandang istiqamah ni dari 2 sudut.Pertama sebelum istiqamah dan kedua selepas istiqamah.

Istiqamah boleh didefinisikan sebagai berterusan atau berpanjangan.Ini dari segi bahasa la.Untuk memahami dengan lebih mendalam dan pengupasan istiqamah, boleh klik sini.

Antara dalil yang menegaskan tentang kepentingan beristiqamah terutama dalam perjuangan.

Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap bertistiqamah sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. [Huud 11: 112-113]

Betapa pentingnya istiqamah ini sehingga ALLAH menyebutnya di dalam alQuran.Istiqamah ini terlalu luas jika ingin dikupas secara sempurna.Namun, bagi saya yang sangat kurang ilmu, cukuplah saya berkongsi pendapat peribadi saya tentang istiqamah dalam amalan harian.

Seperti saya ceritakan kat atas, saya memandang istiqamah dari 2 sudut iaitu sebelum dan selepas.Ok, sebelum istiqamah kita akan terasa sangat pahit.Kadang2 kita akan putus asa untuk mengistiqamahkan amalan2 harian seperti bacaan ma'thurat, membaca alQuran, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.Dalam tempoh percubaan untuk istiqamah ini, akan ramai di antara kita akan tersungkur dan mengalah.Lantas membiarkan amalan2 yang patut diistiqamahkan begitu saja dan melakukannya bila terasa mahu sahaja.Hakikatnya, istiqamah tidak mendambakan amalan yang banyak, tetapi hanya memerlukan sedikit kesungguhan dari kita untuk berusaha lebih sehingga menjadikan amalan harian sebagai amalan yang berterusan.Amalan yang sedikit tetapi berterusan lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tidak berterusan.Namun sudah pasti amalan yang banyak dan berterusan itu adalah yang TERBAIK!..Kita sebagai manusia yang fitrahnya dihiasi segala kekurangan,memang akan terasa pahit ketika berada di marhalah percubaan ni.Di marhalah ini, pelbagai ujian yang akan datang.Ujian nafsu, syaitan, kekayaan dll.

Tapi, yakinlah KEMANISAN yang tak terungkap menanti di hadapan jika kita berjaya mengistiqamahkan amalan harian.Memang benar, amalan2 sunat hanya dilakukan bila berkelapangan dan berkemampuan.Tapi alangkah indah kehidupan harian jika dihiasi dengan amalan2 sunat yang berterusan.Apabila kita telah berjaya beristiqamah dalam amalan2 harian, hidup akan terasa lebih teratur.Saat kita terlupa untuk melakukan salah satu dari amalan harian kita, kita akn rasa kehilangan atau mungkin terasa jauh dari ALLAH.Dan inilah seringkas2 tazkirah pada diri sendiri.Dan inilah kemanisan yang tak terungkap.Namun bukan mudah untuk mencapai tahap ini.Azam yang tinggi dan usaha yang gigih la menjadi pemudah cara untuk mencapai kemanisan istiqamah ni.


p/s: moga2 entry ni menjadi tazkirah utk diri.

Monday

1 Ogos 2009 Dalam Sejarah

Hmm..setelah agak lame menyepi, Alhamdulillah hari ni masih dipinjamkan kekuatan untuk jari ni terus menekan papan kekunci ni.Bukan sengaja mendiamkan diri, tapi penguzlahan tu bertujuan mencari kekuatan yang kian hilang dan semangat yang semakin sirna..Dulu waktu tengok blog orang lain tak terupdate, dalam hati selalu cakap "napela tuan blog ni malas sangat nak update..bukannye susah sgt pun"..tp bila da kene kat batang hidung sendiri baru la tau camne keadaan sebenar.

Post kali tak nak banyak menaip, sekadar nak kongsi gambar yang diambil dari kawan sepanjang perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos baru2 ni.Best sangat dengar cite dia..

Ada jugak kawan saya yang menceritakan detik cemas ketika dia ditangkap.Tapi yang paling saya respect betapa ketenangan dia menghadapi saat2 tu.Sejarah perjuangan para sahabat menguatkan dia menghadapi detik2 tu.Tahniah awk!
k la..tak nak banyak cite, tgk je la gamba2 ni.