Thursday

Kedatanganmu dinanti...=)


Salam istiqamah seiring ibadah...
Alhamdulillah akhirnya penantian selama setahun untuk bertemu kembali dengan Ramadhan insya-ALLAH akan menjadi realiti esok..Namun, persoalan timbul dalam diri, bersediakah zahir dan batin untuk menjadikan Ramadhan ini yang terbaik?Apakah usaha untuk mencapai target Ramadhan kali ni?Moga2 ALLAH permudahkan segalanya.Dalam keadaan virus influenza A H1N1 yang menular dengan dahsyatnya pada hari ni, menjadikan ia salah satu cabaran kepada kita.Ramai di kalangan kita yang mudah diserang pelbagai penyakit dan dalam masa yang sama, kita ingin menunaikan ibadah puasa sesempurna mungkin..Jangan khuatir, insya-ALLAH pertolongan ALLAH itu bersama kita.Tingkatkan usaha mencegah virus ini dan tajdid niat untuk meliapat gandakan ibadah di bulan mulia.

Antara fadhilat Ramadhan yang menanti:

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Kebaikannya terlalu banyak..Rebutlah peluang yang mungkin terakhir buat kita..Tiada siapa di antara kita yang mampu menjamin kita akan dipertemukan dengan Ramadhan akan datang..Manfaatakanlah kedatangannya kali ini.Maksimakan ibadah minimakan maksiat..Marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain..Ibadah itu lebih indah jika dilakukan berjamaa'h.Manisnya sama dirasa..Moga ALLAH kurniakan kesihatan dan kemampuan kepada kita semua untuk menghidupkan Ramadhan ini.

sumber: klik& klik


p/s: Selamat menyambut Ramadhan buat semua...Maaf tak sempat nak balas semua testi n msg2 antum.Ape pun syukran jazilan.(^_^)

No comments: