Tuesday

Permatang Pasir masih cerah.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mendahului pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 9618 undi berbanding 5067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.


sumber: harakahdaily


p/s: tak sempat nak buat entry sendiri...copy harakahdaily je..

_

7 comments:

Fazareez Fauzi said...

Alhamdulillah...walaupun ditaburi berbagai fitnah dan tohmahan. Berkat Ramadhan..Allah sentiasa bersama yang benar.

Mohd Hazimin Harun said...

sedih, rohaizat kalah...=(

sarah said...

tak perlu gusar dlm mengakkan kebenaran...pertolongan ALLAH tu pasti!=)

Fazareez Fauzi said...

Mau x sedih..dah la kena struck of Bar Council, klah plak. Inilah 'hadiah' yg dikatakan nk diberi pd Najib..kata Zahid Hamidi

sarah said...

biala dia dgn kesedihan dia..mg makin dekat dgn ALLAH..=)

absarlegal said...

ala,pas pun dah kurang undi kat sana...

sarah said...

kurang undi mungkin sbb tarikh mengundi dan kurang ketelusan...