Tuesday

Hidupkanlah al-Quran dalam kehidupan



Mungkin ramai yang tidak mengenali cendekiawan & ulama' yang berasal dari Pakistan bernama Dr Muhammad Iqbal. Namun, beliau pernah menyampaikan satu peristiwa yang amat berkesan di hati tentang dirinya, ayahnya dan al-Quran.

Cerita beliau:
Saya biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh. Ayah saya selalu mengawasi saya. Bukan saja mengawasi, malah ayah juga bertanya, "apa yang kamu lakukan itu Iqbal?". Padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji. Saya jawab, "saya sedang membaca al-Quran, ayah."
Pertanyaan itu ayah ulang setiap pagi, setiap Subuh, selama 3 tahun penuh. Jawapan yang saya berikan juga sama, setiap pagi, selepas Subuh, selama 3 tahun penuh bahawa saya sedang mengaji al-Quran.
Suatu hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah. "Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama, padahal jawapan saya juga sama?"
Jawab ayah, "Nak, bacalah al-Quran seolah-olah diturunkan langsung untukmu."

Barulah saya faham kenapa setiap Subuh, ayah akan bertanyakan soalan tersebut. Mulai saat itu, saya sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu diturunkan untuk diri saya. Saya tidak membaca, tetapi juga mengerti. Bukan sahaja cuba mengerti, tetapi juga memahaminya. Tidak setakat memahami, saya cuba mengamalkannya. Bukan saja mengamalkannya, malah cuba untuk menyampaikan kembali isi al-Quran itu seperti yang saya fahami.


Sahabat-sahabat,
Al-quran itu tidak diturunkan semata-mata untuk dibaca. Tetapi lebih dari itu. Sama-sama kita muhasabah, sejauh mana hidupnya al-Quran dalam kehidupan kita. Bukan kata nak sampaikan isi al-Quran kepada orang lain, untuk istiqamah membacanya pun terlalu berat. Moga-moga kisah di atas sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kita untuk terus menyerbarkan isi al-Quran kepada seluruh isi alam.


-Rindunya kehidupan bersama al-Quran di Al-Imam.
-Syukran Solehah, ana bertuah ada sahabat macam nti.

4 comments:

Tariq Ziad said...

syed Qutb ulas perkara yang sama dalam Ma'alim fi thoriq

hebatnya generasi emas di zaman rasulullah kerana menjadikan diri mereka seperti askar dan Al-Quran ibarat command dari komander askar. berbedanya di zaman kita.

tahniah atas keberanian tampil dalam prk usim baru-baru ini
teruskan menulis~ :)

sarah said...

tu la bezanya sahabat terdahulu ngan umat akhir zaman..Quran tu hanya sbg hantaran @ hiasan..

syukran~..tahun depan nta plak bleh cube kot..

Tariq Ziad said...

kalau undi betul, konfem tak layak

kalau e-undi, ana boleh menang kot..huhu

sarah said...

Aik..mcm ada maksud tersembunyi..hehe