Monday

Tujuan Diciptakan Manusia

Post kali ni sekadar nak review balik ape yang saya sampaikan pada adik2 SMAPK baru2 ni.Kenapa adik2 SMAPK?hmm ni smua keje syu.Bagi saya kejutan last minute.Nasib baik ade la jugak ilmu walaupun cetek,kalau tak mana nak letak muka...Sebenarnya pengisian untuk tajuk ni pernah disampaikan oleh Kak Yuyu masa liqa' yang pertama dulu masa kat Maahad.Jadi, bile pertama kali jumpa adik2 SMAPK ni teringat balik apa yang Kak Yuyu sampaikan kat kitorang dulu.Ok, here we go.

kejarlah kehidupan yang abadi


Secara ringkasnya tujuan manusia diciptakan tu ada 3...

Pertama, ALLAH jadikan manusia itu untuk menjadi khalifah di Bumi milikNYA.Seperti dalam surah al-Baqarah ayat 30:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "AKU hendak menjadikan khalifah" di Bumi"...

Khalifah yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah hamba ALLAH yang bernama manusia.Dan manusia itu adalah kita.Tidak kiralah siapa pun manusia itu.Dari perdana menteri sehinggalah rakyat jelata.Semua memikul tanggungjawab sebagai khalifah tanpa ada lebih kurangnya.Yang membezakan kita semua adalah sejauh mana kita melaksanakan tanggungjawab kita.Tanggungjawab khalifah yang utama adalah menjaga bumi.Antara cara untuk menjaga keamanan Bumi ialah dengan melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.Ini bermakna, tugas amar ma'ruf dan nahi munkar bukan hanya terletak di bahu para ulama' @ mufti @ pemimpin negara.Tugas ini adalah amanah untuk kita semua.Dan apabila ia dinamakan amanah,pasti akan dipersoalkan kelak.Hmm..sehingga saat ini,sesempurna manakah kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita?Renung2kan sahabat...

Tujuan kedua kita dicipta ialah untuk diuji.Dalam Surah al-Ankabut ayat 2,ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"

Manusia akan sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk ujian yang akan menentukan darjat iman seseorang."Ujian adalah penentu darjat".Dan sudah pasti ujian ini berbeza antara kita.Ada yang diuji dengan kemiskinan,ada yang diuji dengan kekayaan,diuji dengan kegagalan,dengan kejayaan.Semua itu adalah ujian.Ujian bukan hanya tertakluk kepada perkara yang membebankan.Tetapi kesenangan juga adalah ujian.Apa sahaja yang menguji kepergantungan kita dengan ALLAH,itu adalah ujian.Kadang2 ujian melemahkan kita,sehingga kita rasa seperti rebah dan tersungkur.Tapi yakinlah,semua ujian itu kita mampu untuk hadapinya.Cuma sejauh mana kekuatan kita.ALLAH takkan uji hamba2NYA di luar kemampuan mereka.Sahabat2,bangkitlah dari segala kelemahan!Semakin kuat kita hadapi ujian insya-ALLAH semakin tinggi iman kita.Rebutlah marhalah iman yang paling tinggi.=)

Dan tujuan ketiga kita diciptakan adalah untuk beribadah.ALLAH telah berfirman dalam Surah az-Zaariyaat ayat 56.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU".

Ibadah itu bukanlah terikat dengan solat,puasa,zakat atau haji semata.Tetapi konnsep ibadah itu terlalu luas.Apa sahaja perbuatan atau kata2 yang diniatkan kerana ALLAH atau sebagai pengabdian kepada ALLAH itu adalah ibadah.Sehingga tidur seorang muslim itu juga boleh dikategorikan sebagai ibadah.Betapa ALLAH itu Maha Pengasih kepada hamba2NYA.Dihamparkan peluang yang amat sangat luas kepada semua untuk beribadah semata2 mendapatkan RedhaNYA dan seterusnya syurga ALLAH insya-ALLAH.Alangkah ruginya kita jika mensia2kan peluang yang ALLAH beri.Jangan ditangguh apa sahaja perbuatan yang dirasakan ibadah kerana bila2 sahaja peluang yang ALLAH hampar itu akan digulung kembali.Mati tu kan pasti dan tiada siapa pun yang tahu bila akan tiba waktunya.Oleh itu, ibadahkanlah segala perbuatan kita.


-Ni je la kot yang sempat saya kongsikan dengan adik2 SMAPK hari tu.Tapi ada la yang ditambah atau dikurangkan.


p/s:Terima kasih yang tak terhingga untuk Kak Yuyu..insya-ALLAH saya akan ingat sampai bila2 benda ni.(^_^)

Sunday

Sesekali Diuji (tajuk lagu ni)

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)


p/s: skarang ni musim dibuai lagu ni...=)

Bulan Rejab...

Sempena kedatangan bulan Rejab ni, sekadar nak berkongsi fadhilat Bulan Rejab yang amat banyak sebenarnye.Tapi tak ramai yang tahu, atau mungkin tahu, tapi tak alert.So, same2 kita muhasabah balik...

Fadhilat puasa sepanjang Rejab:

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabd
a; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya" Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"



Fadhilat2 lain:
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"


Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.


Hmm...banyak sangat benih2 pahala yang ALLAH sediakan untuk kita...Tapi benih2 itu takkan bercambah tanpa disemai dan ditanam.Dan tiada siapa yang akan semaikan untuk kita melainkan diri kita sendiri.Sama2 la kita rebut benih ini untuk mendapatkan hasil yang lumayan insya-ALLAH...Ganjaran ALLAH itu pasti..


إن الله لا يخلف الميعاد

Selamat Beramal!(^_^)

"SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W."

Sumber: klik & klik

p/s: post ni muhasabah utk diri sebenarny...=)

Monday

Ayah...u r my Hero!


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Lagu ni saya assign untuk call dari ayah...Bukan sebab lagu ni tentang ayah je, tp sebab lagu ni sangat2 menggambarkan tentang ayah saya...Lagu ni sangat2 bermakna...Dalam adik beradik, sayalah yang paling rapat dengan ayah berbanding yang lain.Dan kalau ade apa2 saya akan cari ayah dulu sebelum ibu...hmm..

Sejak dari kecik, terlalu banyak pengorbanan ayah...Tak terkira titik peluh ayah dalam usaha membina keluarga untuk jadi seperti sekarang...

اللهم اغفرلي ذنوبي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sejak dari kecil


Ya ALLAH Rahamatilah kedua mereka,
Kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat mereka,
Peliharalah mereka dari azab api nerakaMU


Ayah, im really proud to be your daughter!
U r my Hero!
Kakak sayang ayah sangat2....!



p/s: post ni lewat sehari...sorry ayah!

Saturday

Akak...thanks a lot!

Hmm..

posting kali ni takde pengisisan ape pun...juz tribute untuk kak Nurul Hani Awang Nila @ Kak Hani..Kak Hani ni senior saya kat sini..Akak ni sweet sangat..Suke buat org terharu..Pagi tadi pagi2 lagi dia call mintak temankan g KLIA jumpe abang dia balik dari Moscow coz abg dia akan terus balik kelantan kul 10.30..So saya pun cepat2 bangun n siap2..Lepas da balik dr KLIA teman kak hani breakfast jap, kak Hani hantar balik rumah..Sebelum turun dari kete, dia bagi satu bungkusan..Rupenye tu hadiah bday saya baru2 ni..tak sangka langsung!Dan isinya sangat2 saya suke...Terime kasih banyak2 akak!..Kak Hani ni banyak sangat tolong saya..Kalau nak tulis kat sini memang tak muat..Biarlah semua tu jadi kenangan indah buat saya...

Hmm..sebenarnya kitorang dulu satu sekolah, tapi tak berape knal pun kt Maahad dulu..Bile datang sini, saya still tak berape knal dia..tp taqdir ALLAH menemukan kami dalam arena perdebatan dan mengeratkan lagi hubungan kami..sebab itu saya sangat sayangkan arena ini!


"Erti hidup pada memberi...Memberi mestilah dengan kasih sayang, kerana tanpa kasih sayang memberi adalah beban dan benci..."



"Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara, malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA..."



Terima kasih skali lagi kak!





Tuesday

Bersahabatlah kerana ALLAH...



Sahabat itu...

Gelak tawa

Air mata

Senyuman

Semangat

Hiburan

Perkongsian

Dan segalanya...






Bercerita tentang sahabat terlalu banyak yang mampu diperkatakan.Kerana sahabat kita berjaya, kerana sahabat juga kita boleh tersungkur rebah.Di kala gembira, kita berkongsi dengan sahabat, ketika duka, sahabatlah menjadi tempat mencurah air mata.Semua itu berlaku atas dasar kasih sayang dan kepercayaan dalam ikatan PERSAHABATAN...Namun, sejauh mana kita mampu pertahankan persahabatan ini kerana ALLAH?Seringkali kita dengar 'ukhuwwah fillah'...Apakah persahabatan yang telah kita bina ini boleh dikategorikan sebagai bersahabat kerana ALLAH?Kalimah itu senang diucap, namun terlalu berat penilaiannya.
Apabila bercerita tentang bersahabat kerana ALLAH, bukan sekadar suka duka di dunia yang ingin kita kongsikan.Tentu sekali pengakhiran hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat juga ingin kita kongsikan.Sesiapa pun mampu berkongsi kesenangan dan keperitan dunia.Tapi siapakah di antara kita yang dipilih untuk benar2 mengasihi sahabat kita hingga ke syurga?Seperti sabda baginda Rasulullah S.A.W:


"Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi 'saudaramu' seperti kamu mengasihi dirimu"


Siapakah saudara yang Rasulullah S.A.W maksudkan di atas?Tentu sekali saudara2 seagama dan ini termasuklah sahabat2 di sekeliling kita.Adakah kita mampu mengasihi mereka seperti kita kasihkan diri kita?Analoginya, di saat sahabat kita memerlukan sesuatu yang ada pada kita dan barang itu sangat kita sayang, dalam keadaan ini mampu atau tidak kita hulurkan barang itu kepada sahabat atas dasar kasih sayang?Mungkin ada di antara kita yang mampu berikan barang itu, tetapi berapa ramai di antara mereka itu yang memberi dengan penuh keikhlasan kerana ALLAH...?
Apabila kita benar2 kasihkan sahabat kita dan sangat2 ingin bersama mereka di syurga kelak (InsyaALLAH), kita akan saling mengingatkan...saling melakukan ma'ruf dan saling menjauhi kemungkaran.Jika kita ingin melakukan amal, sahabat tidak kita lupa untuk diajak menanam benih pahala.Saat sahabat terleka, lidah lancar menyedarkan.Kita lakukan semua ini dengan penuh kasih sayang.Sebaliknya yang menyedihkan, berapa ramai di antara kita mampu lakukan semua ini.Realitinya, apabila sahabat melakukan kemungkaran, lidah kelu untuk menegur atas dasar untuk menjaga hati sahabat.Hakikatnya, inilah bukti betapa kita sebenarnya sanggup meninggalkan sahabat di belakang jika ALLAH izinkan kita ke syurga.Sedangkan bibir tidak pernah kering dari mengungkap kata 'sayang kerana ALLAH' pada sahabat.Apalah erti ungkapan itu...?

*Buat sahabat2ku, apa saja badai yang mendatang menguji keutuhan persahabatan kita, tempuhilah dengan senyuman kerana tanpa badai ini, kita tidak akan kenal erti kasih sayang dalam bersahabat.Sama2 kita renungkan lirik ini...

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya
Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi
Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita
Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

Ikhlaskan hatimu...




Perjuangan & Pengorbanan...


Perjuangan dan pengobanan perlu bergerak seiring...Di mana ade perjuangan di situ harus wujud pengorbanan @ tadhiyyah..Sangat jarang berlakunya perjuangan tanpa perngobanan...Seorang pejuang akan sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk ujian untuk menentukan sejauh mana mereka mampu berkorban sepanjang perjuangan mereka...Kadang2 terlalu banyak yang perlu dikorbankan sehingga terasa lemah, lumpuh, putus asa dan sebagainya.Namun, ada juga ketika ALLAH merehatkan pejuang ini dengan menghadiahkan kesenangan buat mereka untuk beberapa ketika...Tapi, sedar atau tidak, kesenangan juga adalah ujian.Adakalanya, hadiah kesenangan inilah yang membuatkan pejuang itu makin jauh dari perjuangan..Nauzubillah.


Pengorbanan bukanlah hanya pada harta...Terlalu banyak perkara yang boleh dikategorikan sebagai pengorbanan..harta, masa, perasaan, kesihatan, pelajaran dan banyak lagi.Mungkin terlalu mudah untuk berkata tentang pengorbanan, namun apabila kita berhadapan dengan pengorbanan ini, barulah tersedar betapa pahitnya pengorbanan yang dituntut dalam sebuah perjuangan.Ingatlah sahabat, tiap kata2 itu akan diuji.Apabila saya berhadapan dengan situasi yang menguji sejauh mana saya mampu berkorban, saat itu saya teringat tentang tazkirah2 yang pernah saya sampaikan tentang pengorbanan suatu masa dulu.Bukan mudah sebenarnya...



Saat diri terlalu penat dan inginkan sedikit rehat, diuji dengan panggilan kerja.Saat diri benar2 diperlukan untuk suatu tugas, dipanggil keluarga untuk pulang.Saat keluarga sangat perlukan diri, dipanggil lagi oleh sahabat2 untuk urusan kerja.Ketika diri cuba fokus untuk satu kerja, dipanggil lagi untuk kerja yang lain..ya ALLAH, semua itu sangat menguji perngorbanan masa, tenaga, perasaan dan segalanya.Terasa sungguh lemah saat itu.Sedaya upaya cuba kuatkan diri untuk hadapi semua tu, tapi apabila dinamakn manusia, sekuat mana sangatlah diri ini.Air mata itu gugur jua..Biarlah..Mungkin air mata itu sebagai penguat semangat.


Hmm..itu semua ujian yang menguji keikhlasan dan kesungguhan dalam perjuangan..Ketika diri terasa seperti putus asa, sahabat2 datang memeberi semangat.Ditiupkan kalimah2 penguat jiwa..Alhamdulillah dikurniakan sahabat2 seperti mereka.Setelah beruzlah seketika dan memuhasabah diri atas ujian2 ini, kesimpulan yang paling ringkas ialah Ikhlaskanlah hatimu..Apabila ikhals itu mengiringi setiap langkah kita, insyaALLAH semuanya dirasakan mudah..Ketika itu, kita langsung tidak harapkan pengiktirafan dari makhluk kerana yang penting ialah pandangan ALLAH..!Dan semuanya ujian dirasakan seperti nikmat dalam perjuangan..percayalah!=)



Salam perjuangan & pengorbanan.

My Family is my Priority!



Bagi saya keluarga adalah insan paling dekat dengan saya...walaupun zat mereka jauh,namun hakikatnya mereka sentiasa di hati saya...mungkin bagi sesetengah remaja seusia saya merasakan sahabat atau rakan la insan yang paling rapat dan tempat untuk berkongsi cerita suka dan duka kehidupan..Tapi bagi saya keluarga adalah sahabat, kawan, rakan, teman dan segala2nya buat saya...Ape2 yang berlaku dalam hidup saya, tidak lengkap rasanya tidak dikongsi bersama mereka...Apabila sakit salah sorang dari kami, setiap seorang dari kami pasti merasa sakit yang sama...Atas rasa kasih dan sayang serta cinta inila terpaksa saya tinggalkan kerja2 saya buat beberapa ketika secara mengejut...Bukan tidak ada rase bersalah terbit di hati kerana terpaksa melepaskan tanggungjawab dan dalam waktu yang sama membebankan teman2, namun keadaan sangat memaksa saya berbuat demikian...Lebih2 lagi apabila ia melibatkan keluarga.Saya langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja2 saya di sini lantaran suara2 keluarga saya terngiang2 di telinga memanggil saya pulang buat seketika menyelesaikan ape2 yang patut di rumah.

Oleh itu, di sini dengan penuh kerendahan hati dan kehinaan diri saya mohon seinfiniti kemaafan dari teman2 yang terpaksa menggalas beban tanggunngjawab saya yang saya tinggalkan beberapa hari yang lalu, kemaafan ini saya tujukan buat teman2 ELSP 3 kerana tidak langsung memerah keringat bersama kalian menyiapkan tugasan kita...kedua, buat teman2 team debating club terutamanya UJM untuk debat SMKA kerana meninggalkan tugasan begitu saja seterusnya teman2 lain dan 'boss' saya kerana menangguh kerja2 saya sehingga membebankan beliau...setulus hati kemaafan ini ku pohon..

Memori Indah...


Muktamar itu...



Seperti semua ketahui 5 - 7 Jun 2009 baru2 ni telah berlangsung satu 'perhimpunan agung' bagi penyokong & pendokong Islam di Malaysia khususnya...Sungguh hati meronta2 untuk bersama2 para pejuang agama di Stadium Melawati, Shah Alam.Lalu saya pasakkan niat untuk turun ke sana walaupun banyak tanggungjawab yang terpaksa ditangguhkan di sini...walaupun ada sahabat2 yang melarang lantaran risau keselamatan saya...Alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan...Syu dapat temankan saya untuk hari pertama di sana (6 Jun)...Walaupun tak dapat bersama para ulama' pada majlis perasmian, tapi diberi juga kesempatan untuk berada di sana selama 2 hari (6 & 7 Jun).Bersama sokongan ibu & ayah, saya selamat sampai di sana pada 6 Jun lebih kurang pukul 11 tengah hari..Sampai2 je makan jap, terus masuk dewan. Alhamdulillah sempat jugak dengar sedikit perbentangan usul dari perwakilan2...dan usul dari perwakilan Dewan Pemuda sungguh menyentap jantung..Betapa mereka mampu mengalirkan semangat juang dalam hati pemerhati..betapa keikhlasan mereka berjuang terzahir pada perbentangan usul..betapa mereka berani menegur kekurangan pimpinan untuk kemaslahatan pada masa hadapan...Inilah buktinya pimpinan PAS itu tidak takut dikritik..inilah yang 'kita' patut contohi..TAKBIR!..Selesai sesi pagi itu saya terpaksa pulang kerana kesihatan yang tidak mengizinkan..mungkin cuaca agak panas..Ingat nak balik rehat kemudian datang balik malam tu untuk ceramah umum,tapi tak sampai hati pulak nak menyusahkan kakak saya..takpela..yang pasti esok akan saya kembali ke stadium itu lagi..=)

Hari kedua...

Bangun pagi yang ada dalam fikiran saya hanya untuk cepat sampai ke stadium...bukan pagi tu saje, nak tido malam tu pun itu je yang ade dalam fikiran...Lepas bersiap2 akak mintak tolong masak plak,hmm...takpela tolong jap..pastu terus menuju ke stadium..Sampai stadium dup dap dup dap jantung saya kerana hari ni saya berseorangan..kakak saya hanya hantar saya ke sana...hari ni orang lebih ramai berbanding semalam.Gerai pun nampak lebih meriah...Namun terpancar kesuraman di suatu sudut..Mungkin mereka sedih kerana hari ni akan berakhir perhimpunan ni dan mungkin ini perhimpunan terakhir untuk kita..sape tahu?moga2 dipanjangkan umur untuk bersama2 pejuang ini lagi di tahun hadapan...ameen..Nak dijadikan cerita, bleh plak saya sesat hari ni..tak jumpe cari tangga naik atas..(^_^)..bleh plak camtu ek?..takpela..pusing punye pusing,Alhamdulillah jumpe gak tangganye..terus cepat naik n masuk dewan..nasib baik tak lupe bawa tag yang disediakn untuk pemerhati..kalau tak, penat gak nak explain pada sukarela fisabilillah ni..=)..yang sedihnya sempat dengar usul last je dari perwakilan Kelab Penyokong...lepas tu terus sambung dengan ucapan pergulungan dari pimpinan..Segala isu yang dibangkitkan oleh perwakilan sepanjang 'perhimpunan' dijawab dengan bijak dan tenang..Banyak yang saya belajar tentang isu2 yang berlaku dalam Jemaah ni..yang penting jangan cepat melatah dan thiqah pada ahli sangat penting!

Inilah sedikit sebanyak kenangan terindah yang baru dilalui...Walaupun jauh di sudut hati harap dapat hadir ke 'perhimpunan' ini bersama ibu & ayah, ia tidak mematahkan semangat saya...ibu & ayah mempunyai tanggungjawab yang penting...Tapi yang best sebab dapat jadi reporter untuk diorang..setiap kali habis sesi pasti akan saya report semua yang berlaku sepanjang sesi tu...at least mereka dapat tahu perkembangan 'perhimpunan' tu..


p/s: komen tentang saf pimpinan baru insyaALLAH akan dipost kemudian...=)

SELAMAT BERJUANG SEMUA!
PAS MEMIMPIN PERUBAHAN!
(^_^)

Friday

My Lil Sis....



Rindu....!


Hmm..tadi sempat ym ngan my only lil sis..since da lame tak borak ngan dia,banyak la cite yang kitorang borak...
Borak punye borak, dia pun cite skang ni cuti skolah...memang kebiasaan cuti skolah mak long yang tinggal ngan kitorang akan balik kampung jenguk rumah dia...so bermula la episod berdikari utk adik2 sayakat rumah...
Seperti sedia maklum, parents kitorang memang sangat bz...nak tak nak adik2 kene urus diri sendiri.Lagipun diorang smua da besar...yang bongsu pun da form 1...kene blaja la urus diri ye dik..
Okay, citenye camni, 1st day adk2 kene tinggal sendiri, ibu ajar my lil sis cara masak nasi n basuh baju gune washer machine...part basuh baju, LULUS!...tp yang jadi kisah lawak part masak nasi...ish3..tau je la adik saya 1st time masak nasi...plak tu gigih nak gune dapur gas..tak nak gune rice cooker..takpe la..ibu layankan aje..skali bile dah masak, nasiknye LEMBIK!...nasib baik nasi tu utk kucing je...yang lagi lawaknye, kucing tak nak makan nasi tu..camne tu?ok la kta maafkan la coz percubaan pertama..
then hari ke2, masak nasi lg, tetap jugak LEMBIK!...ish3..
masuk hari ke3, Al hamdulillah x lembik da, tp TAK MASAK!...nasib baik hari ni nasi tu bg kucing je..mula2 dia pun tak tahu nasi tu tak masak, skali ibu balik nak tengok la ape jd nasi hari tu, skali iu cakap, 'wa, nasik tok masok ni'..ape lg guling2 la dia gelak...
hmm..ni la cite adik perempuan saya yang sorang ni...tp!jangan tanye umur dia brape..hehe..rahsia yg sgt peribadi..


*kematangan tu datang bersama pengalaman..bukan teori semata2..klu la adik saya tak ditinggal kt rumah cmtu,sampai bile pun tak reti buat keje rumah..hmm ade hikmah...*


My lil sis jugak sempat cerita, semalam diorang sempat klua ngan parents g buat cermin mata baru...skali adik2 saya yang lg 2 orang pun try la buat eye test gak..sesaje katenye..skali tgk power adikku yg bongsu..terkejut smua..so terpaksa la buat cermin mata jugak..kirenye skang ni tinggal my bro n ubay (my lil bro yg 2nd last) je yang tak pakai spec..hmm..

Ok la..cukup dulu kot..act tulis entry ni sbb rindu yang amat tibe2 melanda diri..klu bleh nak je terbang balik skang..ayah pun dah tanye2 bile nak balik..hmm...tak tau nak cakap ape kat ayah..rindu sofea lg..