Tuesday

Hari ini dalam sejarah

Alhamdulillah berakhir sudah peperangan besar untuk sem ni. Moga2 ALLAH kurniakan yang terbaik buat semua.Ameen...

Buat pertama kalinya dalam hidup ini, saya tersalah tengok jadual. Inna lillah...ALLAH sahaja yang tahu perasaan ini...

Tinggal lagi sekarang tawakkal...

Doa jangan putus...ALLAH Maha Berkuasa menetukan apa yang DIA kehendaki...

Baru dapat taklifan yang agak berat...rasa macam tak mampu nak pikul...tp sape la kita untuk menolak ujian?...moga ALLAH kuatkan semangat untuk terus berjuang untuk agamaNYA...

Hati dah lame kat rumah, tambah lagi semua dah berkumpul..tinggal lagi saya seorang yang masih di rantauan...buat hati tak tenang..tapi demi cita2 terpaksa bertahan...

Ingin berlari dan menjerit sekuat hati...tapi tak tahu kat mane nak buat camtu...

Sakit kepala datang lagi, kene stop.

Thursday

Pesan Ayah...

Sesekali apabila kepenatan untuk berjuang menerpa, pasti terngiang-ngiang pesanan ayah. Pesanan ni ayah pesan berulang-ulang kali. Hingga terpahat teguh di ingatan saya. Ayah pesan:

"Kakak, pelajaran didahulukan, perjuangan diutamakan. Sekali kakak melangkah untuk berjuang, jangan berhenti walaupun dah kahwin nanti. Cari orang yang ada fikrah."

Hmm...ayat ni pendek je, tp menusuk. Buat saya terkedu seketika. Ayah jarang berbicara tentang perjuangan dengan saya. Tapi sekali dia bersuara, buat saya termenung. Terima kasih ayah. I luv u.


p/s: 1- highlight ayat pertama je.=)
2- Ayat di atas sudah ditranslatekan ke bahasa melayu standard.
3- Pesanan ni jugak untuk Fauzyah n Baharom.(^_^)

Kembali


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilah ku dengan nurimanmu
Hanya kau tempat ku berserah

Mohon magfirah di dalam syahdu


Wahai Tuhan yang Maha Pengasih

Ampunilah segala dosaku

Laksana bumi di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari hari yang telah aku lalui

Ingin ku tinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani

Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi

Bebaskan lah diriku dari di belenggu

Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku ya Allah

Bimbinglah daku ke jalan redhamu

Moga sinarmu terangi hidupku

Didalam kegelapan
Aku kan kembali padamu Rabbi

Mengadapmu Ya Rabbulizzati

Segala ketentuan ku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Wahai Tuhan yang maha pemurah


by: Far East