Friday

Hidup Memang Begitu

Pengertian hidup tu pelbagai. Bergantung pada prinsip individu. Lain orang lain prinsip. Walaupun kita hidup di dunia yang sama, mengikuti kehidupan yang hampir sama, belajar di tempat yang mungkin sama...dan banyak lagi persamaan. Namun penilaian erti hidup sangat berbeza. Kerana kita punya hati dan perasaan yang berbeza. Kita punya akal yang tidak sama. Justeru lahirlah pelbagai takrifan tentang erti hidup.

"Hidup itu ibarat roda..."

"Hidup itu bagai pelita..."

"Hidup itu perjuangan..."

"Hidup itu ujian..."

"Erti hidup pada memberi..."


Banyak lagi. Kalau dikaji mungkin cukup untuk buat tesis. Tapi, hanya ramai yang bercerita dan cuba mentafsir keidupan hingga terlupa satu persoalan yang lebih utama, bagaimana perlu manfaatkan kehidupan?

Teringat saya pada kata-kata seorang ustaz yang saya kagumi ilmu dan personalitinya. Katanya, kamu mengaku kamu dai'e @ pejuang agama ALLAH, tapi di saat orang lain berusaha mencari jam ke 25, kamu masih ada ruang untuk tanya diri kamu "eh, nak buat ape ye?"...Jika kamu masih mampu tanyakan soalan ini pada diri kamu, maka tiada gelaran yang lebih baik untuk kamu melainkan
celaka.

Erk...tersentak saya mendengar kat-kata itu. Buat saya berfikir sejenak. Tapi selepas beberapa saat, saya akui kata-kata ustaz itu. Benar! Apa kita tegar melihat saudara-saudara kita separuh nyawa membanting tulang tegakkan agama ALLAH sambil kita menggoyang kaki di rumah? Pasti tidak jika kita adalah khalifah yang ALLAH pilih.

Saudaraku,
Hidup itu memang untuk bekerja. Ibadah itu kerja, belajar itu kerja, bersukan itu kerja, bekerja itu kerja. Segalanya adalah kerja. Bezanya cuma kerja itu manfaat atau tidak. Sepatutnya, jika kita adalah khalifah, kerja kita mestilah semuanya bermanfaat. Tiada tindak-tanduk yang boleh dianggap useless. Namun, jika kita muhasabah kerja seharian kita, manfaat atau tidak semuanya? Fikir-fikirkan...

Masa yang berlalu takkan berputar, tapi akan diputarkan di akhirat kelak. Bagaimana persediaan kita untuk saksikan semula segala amalan kita yang pasti dipamerkan nanti. Kita mesti memilih Islam sebagai cara hidup. Jangan kita hidup dalam Islam kerana kita terpilih. Memilih dan terpilih adalah dua terma yang berbeza. Jika kita memilih, maka kita akan bertanggungjawap dengan pilihan kita. Tapi, jika kita dipilih kita tidak akan manfaatkan kerana ia berlaku tanpa kehendak kita. Jadi, Islam itu mesti dipilih!

Saat kita rasa seolah-olah kita sudah tidak punya masa untuk uruskan kehidupan, sebenarnya hampir dengan kelalaian. Benar, tanggungjawab itu melebihi masa. Tapi, bandingkan diri dengan ulama' terdahulu. Apa tanggungjawab kita lebih besar dari Imam Hasan al-Bana? atau Syed Qutb? atau Zainab al-Ghazali?...Jauhkan diri dari perasaan seolah hidup ini terlalu sempit untuk kita. Aturkan masa. Tetapkan jadual. Jangan sampai ada yang terlepas pandang.

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahaladzim


Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahaladzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahaladzim

Cepat ucap astafighrullahaladzim

Cepat ucap astafighrullahaladzim
Cepat ucap astafighrullahaladzim


4 comments:

Sebutir Permata Yang Berharga said...

hidup mmg begitu..
kita tak berjuang di jalan Allah pun ade dugaannya,kalau kita berjuang pn ade dugaannya..jd knpa kita memilih utk tidak sedangkan sama situasinye?maka teruskan lah perjuangan,moga itu menjadi bekalan utk kita disana kelak..nak harap bekalan ibadah yg kita ada sja?byk mana?diterima atau tidak pun belum tentu lg..smoga perjuangan berdakwah dan membantu menegakkan syariat Islam,walaupun sikit,di terima oleh Allah..blh la dipersembahkan dihadapan-Nya nnti dan mudah2an Rasulullah s.a.w mengaku kita sebagai umatnya maka di beri syafaat..

kuat,kuat,kuat..

itu je yg akk hrp dr dik..jgn biar diri releks dr perjuangan.bimbang diri hanyut dibuai mimpi..
salam perjuangan..

sarah said...

kalau la kuat tu semudah ucapan di bibir..mesti sy da kuat kan?

shoe said...

menjadi saksi jatuh bangun seorang shbt menngajar sy byk perkara.

Fitrah manusia yg pny iman, sarah. Pasti akn diuji. Nama pun ujian, kena pd titik kelemahan.

Fitrah jgn dinafikan, tapi jgn dilayan. Kekuatan itu harus dibina dr pahit mnis pngalman, maka bngkitlah brsemuka dgnnya. Sahabat2ternanti2 kehadiranmu.

ank muda kalau laju sangat nanti mudah rebah.Pelan-pelan sarah..
Tak dapat semua jangan tinggal semua.. :)

sarah said...

syu...time kasih...
byk bnda nk cite, tp tak tercerita..huhu