Thursday

Tinggalkan kenangan, bangkit dengan senyuman =)


"Jika dakwah adalah nafas-nafas yang terhembus di setiap saat, maka jagalah ia, agar tetap terhirup dan kita tetap hidup kerananya...
Jika dakwah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan, maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan pencak...
Jika dakwah adalah jalan yang panjang, maka janganlah berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yang terang benderang,
Jika dakwah adalah bunga, maka sebarkanlah rekahannya agar ia terus menebarkan wangian ke seluruh penjuru dunia..."
Salam juang.
Kuat kerana Islam.
Kuat kerana ALLAH.

Renunglah dengan mata hati...
"Jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar,
namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan ALLAH.
Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuhi,
yakinlah ALLAH bersama-sama kita ketika ini.
Jika esok, kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri,
percayalah ALLAH & pertolonganNYA juga akan bersama dengan kita esok..."
Salam kekuatan, salam kecemerlangan...salam pengorbanan...salam sayang buat sahabat seperjuangan. Sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat...

"Andai remuk hati dihempas manusia,
ketahuilah yang manusia itu hamba dan ALLAH itu Tuhan yang Maha Berkuasa membalasnya.
Andai gundah jiwa direnggut bolak balik yang tiada sudah,
ketahuilah di tangan DIA segala kekuatan yang terbaik dan segala indah..."
ALLAH ada.

Antara kata-kata yang bangkitkan saya kembali. Terima kasih sahabat-sahabat. Banyak lagi, tapi tak tertulis. Apa-apa pun saya sangat-sangat hargainya.


Alhamdulillah,diberi peluang untuk kecapi umur 21 tahun. Moga peningkatan umur ini seiring dengan peningkatan ibadah dan iman.

Hmm...walaupun tahun ni 6 Mac adalah hari pertama persidangan Kejohanan Piala Naib Canselor 2010, yang mana hari yang agak kalut bagi saya. Namun, Alhamdulillah tetap best.

- Dapat suprised gift.
- Diberi peluang untuk jadi hakim pada sidang ketiga debat NC tadi..syukran Dr Ahmad.(^_^)
- Dapat wish dari my lovely sofea @ oya.(1st time..)
- Celebrate bday dengan otai-otai debat.
- Dapat call dari orang yang tak disangka. Thanks a lots!


Sarah,

Kini adalah waktu untuk bekerja. Bukan lagi masa untuk terus tenggelam dalam kenangan. Masa untuk bangkit dengan senyuman insya-ALLAH...=)



p/s: syukran, terima kasih, thank you buat semua yang wish sama ada call, mesej, mms etc. Really appreaciate it. Maaf kalau ada yang saya tak respon. Kekalutan hari ini menyebabkan saya terlepas pandang.

6 comments:

Fazareez Fauzi said...
This comment has been removed by the author.
sarah said...

salam...
ana pn x kesah nta wish x..

laa..mmg la Dr Ahmad yg bg peluang jd hakim..klu x, takkan ana nk tibe2 jd hakim..Dr Ahmad kan ketua hakim..

mustawa ali?hmm..hakim debat nc je pn..ramai lg student lain jd hakim kot..

takpe la muka same ngan Dr Ahmad..moga2 pasni bleh jd fasih cm ust..

Fazareez Fauzi said...
This comment has been removed by the author.
sarah said...

maaf sket ek..dia xtau pn bday ana..ape lg nk wish..ana x ksah pn..

Fazareez Fauzi said...
This comment has been removed by the author.
erma fatiha said...

xpaham...comment deleted ni ape?