Saturday

Mampukah saya?


ALLAHUAKBAR!

Berakhir sudah Ramadhan yang membawa jutaan barakah. Syawal belum lagi sampai separuh, hati sudah rindu bertemu Ramadhan lagi kerana ada aim yang tak tercapai sepanjang Ramadhan lalu. Moga ALLAH izin untuk bertemu dengan Ramadhan 1432h untuk qada' lompang-lompang Ramadhan lalu...ameen.

Teringin nak berkongsi sedikit cerita malam terakhir tarawih baru-baru ni. Mungkin post ni agak lambat, tapi takpe la..Nak jugak cerita.

Alhamdulillah ALLAH pilih saya dan keluarga untuk merasa jugak bertarawih di dataran stadium Sultan Muhammad ke IV (betul ke?rasanya betul dah) pada malam terakhir Ramadhan. Banyak kali merancang, tapi tak kesampaian. Malam tu ifthor sama2 dengan family dan terus bertarawih di dataran. Sedikit info kepada non-kelantanese, dataran ini adalah qaryah Ramadhan yang diadakan secara berkala setiap kali Ramadhan. Sepanjang Ramadhan dataran ini akan dihidupkan dengan qiamullail, tadarus,ifthor jamaie, tarawih dll. Dataran ini walaupun dibina secara ala kadar kerana bersifat sementara, namun dilengkapi dengan penghawa dingin. Sangat selesa dan bersih. Tahun ni, sekali lagi kerajaan Kelantan mengimport Imam dari Mesir (saya lupa namanya). Ada dua imam yang akan bergilir sepanjang tarawih.

Ok, terus kepada tajuk entry. Selang 4 rakaat tarawih, akan ada sedikit tazkirah yang akan disampaikan oleh ustaz2 yang berlainan setiap malam. Sebelum tazkirah biasanya ada pengumuman dari pihak urusetia qaryah. Malam tu, urusetia qaryah ada maklumkan tentang sumbangan yang akan kita berikan pada imam itu dan di pintu masuk akan disediakan tabung khas untuk mengumpul dana sebab imam tu takkan terima sumbangan terus dari kita. Hanya urusetia sahaja tahu cara nak sampaikan sumbangan pada dia, jadi siapa-siapa yang ingin memberi sumbangan, bolehlah menyumbang melalui tabung itu. Dipendekkan cerita, dalam pengumuman tu terselit beberapa perkara yang membuat saya rasa sangat kerdil di hadapan ALLAH. Antaranya:

1- Imam itu tidak pernah mengharapkan apa-apa bayaran atau sumbangan dari kita atau pihak urusetia. "Ahli Quran ni memang macam tu" - ayat urusetia tu. Saya?...terdiam dan bandingkan diri dengan imam besar tu.

2- Saat imam tu melangkah meninggalkan tanah air, dia benar2 meninggalkan anak dan isteri dalam jagaan ALLAH dan Rasul. Tahun lepas, sewaktu dia menjalankan tanggungjawab sebagai imam di qaryah Ramadhan jugak, isterinya meninggal dunia. Apa yang menakjubkan, dia langsung tidak pulang, katanya dia telah meninggalkan isterinya dalam jagaan ALLAH dan Rasulnya, maka dia tidak akan berpaling. ALLAHUAKBAR...saya?..termenung lagi.

3- Bacaannya benar2 memaknakan ayat-ayat suci al-Quran. Ada ketikanya garang, ada ketikanya gembira dan ada saatnya dia menangis...saya?...tafsir pun tak hadam, macam mana nak memaknakannya..?

Hmm..mampu ke saya nak jadi macam tu? Dengan kondisi diri sekarang, belum mampu! Jadi, jom sama2 kita berusaha.



- Alhamdulillah dah bertapak di bumi Nilai, menyusun strategi menyelesaikan gerak kerja.
- Teruja dengan pemasyhuran sultan kelantan ke-29. Tiada lagi 'Daulat Tuanku'.
- Masih terkejut dan kian bimbang dengan kes Sosilawati.
- Moga ALLAH mudahkan perjalanan mencari 'jawapan' yang dinanti.

3 comments:

Erma Fatiha said...

thanks atas info ukhti!

xsempat g pun situ sebb jauh(pasir mas to kb)..jammed sana sini.huhuhu

adilah said...

jawapannya ada dlm istikharah... :D

sarah said...

Alhamdulillah da jumpe jawapan...=)