Monday

Zinnirah (sambung sikit)



Alhamdulillah masih diberi nikmat Iman dan Islam. Nikmat kesihatan dan kekuatan juga sehingga mampu menyambung entry lepas yang tertangguh. Ok, terus kepada kisah Zinnirah.

Kalau Rabiatul Adawiyah terkenal dengan doanya yang meminta supaya ALLAH terima ibadahnya jika dia lakukan kerana rasa cinta pada ALLAH, Zinnirah pula terkenal dengan rintihannya ketika dia diseksa. Sepanjang seksaan dikenakan ke atas tubuhnya yang sedia lemah, kalimah ALLAH...ALLAH...ALLAH... tidak pernah kering di bibirnya ditambah dengan rintihan yang lahir tulus dari hatinya, "Ini untukMU ya ALLAH, aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mandapat Syurga, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan". ALLAHUakbar, tenang sungguh hatinya menghadapi segala kesakitan, keperitan, kepedihan zahir dan batin demi pertahankan Aqidahnya.

Saat seksaan yang kemuncak dikenakan ke atas dirinya di mana matanya dikorek dengan besi panas, dia tidak meraung atau melalak kesakitan, namun yang lahir dari mulutnya adalah "TUHAN, walaupun aku dibunuh sekalipun aku rela daripada menjual agamaMU ini TUHAN, makin aku diuji makin terasa kehebatan, keagunganMU TUHAN. Cuma satu sahaja permintaanku berilah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini". Ya RABB mulianya hati seorang srikandi Islam. Bukan seksaan balas yang diminta, tapi diminta agar ALLAH kurniakan hidayah buat Umar. Adatnya kita selalu dengar 'beri madu dibalas tuba'. Sebaliknya Zinnirah, 'tuba dibalas madu'.

Sungguh, kalau sebelum ni ketika mendengar kisah Zinnirah dari orang lain, rasa takjub tu ada tapi tak sama dengan rasa ketika menyampaikan kisah ni pada orang lain. Bergetar hati saat menghayati rintihan Zinnirah. Kalau mujahid dan srikandi Islam terdahulu diuji dengan kesakitan dan kesengsaraan demi pertahankan aqidah, kita hari ini tetap diuji sejauh mana kita pertahankan aqidah. Bezanya, ujian kita berbentuk kesenangan dan kenikmatan hingga kita leka dan lalai. Lihat sahaja realiti hari ni, pelbagai masalah aqidah berlaku. Skinhead, Punk, Black Metal dan sebagainya. Belum lagi dihitung gejala murtad secara terang-terangan yang kian berleluasa. Apakah usaha kita pertahankan aqidah Islamiyah? Kita masih mampu tersenyum kerana belum berlaku pada diri atau orang yang dekat dengan kita. Nauzubillah.

Moga sedikit sebanyak kisah Zinnirah dan srikandi2 Islam yang lain mampu menjadi motivasi kepada kita untuk sama-sama berjuang pertahankan aqidah kita dan seluruh umat Islam.



-Terima kasih ya ALLAH atas nikmat sakit semalam, buat diri sedar nikmat sihat yang diberikan jarang dimanfaatkan.

No comments: