Wednesday

UTHM: Cipta Kenangan




Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan...Sungguh rindukan blog ini, tapi banyak benda yang menghalang saya untuk update sebarang cerita di sini. Ye, hampir 2 bulan blog ini sunyi tanpa cerita, Alhamdulillah hari ni diberi kekuatan dan peluang untuk bercerita sedikit tentang 'kenangan indah' yang tercipta di bumi tadahan hujan bak kata Ijad (UTHM) penghujung Disember lalu. Ye, memang cerita ni dah basi, tapi tetap nak abadikan kat blog ni. Sebab tiada jaminan kenangan itu akan tercipta lagi.

Pertandingan Debat Piala Diraja yang berlangsung di UTHM pada 17-22Dis 2010 inshaALLAH akan menjadi kenangan yang takkan saya lupa. Alhamdulillah USIM mampu mengulangi kemenangan untuk kategori Bahasa Arab di UM pada 2009. Perjalanan pada awalnya yang agak berliku Alhamdulillah ALLAH hadiahkan dengan ganjaran yang sangat saya tak sangkakan. Saya hampir menarik diri dari menyertai pertandingan ni pada awalnya memandangkan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Tapi perancangan ALLAH tu yang terbaik kan, ALLAH izinkan saya untuk join jugak.

Sepanjang pertandingan berlangsung sehingga sehari sebelum saya berjuang di pentas final, ALLAH sahaja yang tahu tekanan yang saya hadapi. Berada dalam team yang hebat (Izzat Amsyar, Najib Taha dan Firdaus Ab Rahman) membuatkan saya hilang keyakinan. Sentiasa rasa tidak layak berada bersama mereka. Belum lagi harapan dari jurulatih, debaters dan pihak pengurusan universiti. Hingga pernah terdetik untuk putus asa. Tapi itulah aturan ALLAH, selepas beberapa gelen air mata mengalir di bumi UTHM, akhirnya kejayaan yang kami dapat. Alhamdulillah...

Tak perlu rasanya cerita dengan detail apa yang berlaku di UTHM , cuma di kesempatan ini, jutaan terima kasih saya ucapkan pada semua yang sama-sama berusaha bersama kami sepanjang berada di UTHM terutamanya malam sebelum suku, separuh dan final. Ust. Safwan, Ust. Hamad, Team A USIM (Zulfirdaus, Faezah, Hidayati dan Nasikah), debaters BM (Ikhwan Ijad, dua2 Qayyum), debaters BI, alumni debat (A. Hasan alHafiz), En. Azrul. Ramai lagi sebenarnya, tapi tak tersebut. ALLAH sahaja yang mampu balas uasaha dan bantuan korang. Syukran jazilan kathira.


-moga tiada rasa riya' saat entry ini dipost. sekadar ingin berkongsi kegembiraan. =)

No comments: