Saturday

Do the best, fight the rest


Assalamualaikum semua =)

Ke hadapan buat laman sesawangku sememangnya penuh dengan sawang. Juga kepada teman-teman yang berusaha untuk klik pautan www.lukisanhatii.blogspot.com dengan harapan dimasukkan entri yang baru malangnya ianya mengecewakan :P Tak apalah, janji di update juga kan? Hehe

Hari ini masih diberi peluang bernafas di bumi Tuhan. Masih kekal dalam nikmat Iman dan Islam…dan ya, aku masih setia lagi di bumi USIM untuk tahun yang keenam walaupun teman-teman sebaya fakulti lain kebanyakkannya sudah pun menempuh fasa yang berbagai.


Whatever you do today and wherever you are, don’t forget to say Alhamdulillah. 
So, say it Alhamdulillah..;-)

Minggu yang sudah aku baru menghabiskan latihan industri a.k.a praktikal. Sebulan di firma guaman, sebulan lagi di Mahkamah. Sewaktu ini barulah aku serba sedikit mengerti, betapa jauhnya jurang dunia perundangan sivil dan syariah di negara kita. Baik dari segi bidangkuasa, ‘layanan’ daripada pihak berwajib malah campurtangan politik hari ini mencetus polemik dengan menambah jurang sedia ada.

Jadi, dengan itu, maka berakhir sudah tanggungjawabku sebagai pelajar Fakulti Syariah & Undang-undang dalam dunia praktikal. Berbaki setahun lagi untuk mengakhiri semester. Kemudian, sambung lagi untuk praktikal yang sebenar-benarnya. Sudah mula merasakan bahang jerit perih dunia thesis!

Alang-alang belajar, biar sampai faqih




cuti sem yang sarat dengan kenduri. masih dalam mood cuti..hehe


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Solawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad s.a.w

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi dengan rahman dan rahimNya atas limpahan nikmat yang tidak pernah putus kepada hamba-hambaNya.

Di kesempatan ini, saya mewakili barisan kepimpinan muslimat Jawatankuasa Pelajar ingin mengucapkan Ahlan wa Sahlan wa marhaban bikum kepada adik-adik mahasiswa Tahun 1 sesi 2012/2013. Melihat satu-persatu wajah adik-adik yang bermacam ragam di meja pendaftaran, menggamit memori lalu kerna kami juga pernah berada di tempat kalian berdiri hari ini.

Adik-adik sekalian, 
mengembara beribu batu untuk menuntut ilmu, mempelajari dan menekuni sesuatu bidang bukanlah suatu kerja yang mudah. Ia memerlukan penghayatan serta mujahadah yang tinggi. Berbekal Iman dan taqwa, mudahan Insyaallah suatu hari nanti, ilmu yang diperoleh bisa memanfaatkan dan memberi erti pada manusia lain.

Rasulullah s.a.w bersabda, 
“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak 
manfaatnya bagi orang lain” (HR. Bukhari).

Adik-adik,
tradisi mengembara mencari ilmu bermula sejak zaman sahabat lagi. Salah satu kisah yang masyhur ialah perjalanan Jabir bin Abdullah, seorang sahabat muda. Beliau membeli seekor keldai dan berkelana selama sebulan menuju ke Syam semata-mata untuk mendengar sebuah hadis dari Abdullah bin Unais.

Sejarah mencatatkan sarjana hadis yang menuliskan kitab hadis yang enam (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunah Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah dan Sunan An-Nasa’i) menghabiskan masa puluhan tahun mengembara dari satu negara ke satu negara demi menuntut ilmu dan mengumpulkan hadis.

Imam Bukhari dalam semalam seringkali terbangun, menyalakan lampu, menulis apa yang teringat dalam benaknya, kemudian beranjak akan tidur, terbangun lagi , dan seterusnya hingga 18 kali. Begitulah antara cebisan kisah teladan para Ulama’ dalam perihal menimba Ilmu yang sempat saya nukilkan. Ambillah ia sebagai pengajaran untuk kita lebih gigih mengharungi cabaran di medan ilmu.

Perlu diingatkan, saban tahun di negara kita terdapat puluhan ribu penuntut universiti baik tempatan dan luar negeri, bergraduasi menggenggam segulung ijazah. Namun begitu, tidak ramai yang mencapai tahap kepakaran yang diperlukan walhal ia sudah menjadi suatu tuntutan ummah yang sentiasa berdepan dengan masalah yang baru. 

Oleh itu, kami menyeru adik-adik mahasiswa sekalian untuk lebih tekun dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu di alam kampus. Alang-alang sudah belajar, biarlah sampai faqih.

Untuk akhirnya, kami mendoakan adik-adik terus istiqamah dalam perjuangan mujahadah ini. Semoga, pelayaran bahtera di bumi USIM ini membuah destinasi kejayaan di pengakhirannya. Salam hormat dan salam juang dari kami. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar


Maisarah Mohamed Rafie,
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar sesi 2012

Tuesday

Senggat Waktu

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

MASA kerapkali membunuh pabila aku dalam leka. Masa juga membuatkan aku lebih menghargai detik waktu yang berlalu bila aku kesibukkan. Hari ini aku terasa sebak sendirian. Memandu seharian di jalanan sesekali memberi ruang aku ‘berbicara’ dengan Tuhan kala malamku dibuai mimpi indah. Kali ini hati diketuk untuk mengingatkanku betapa pentingnya menghargai masa yang ada. Detik waktu yang lenyap, menyedikitkan lagi tempoh kita menghuni dunia.

Hari ini aku seorang anak, punyai kedua ibu bapa yang penyayang. Semalam, mereka pun seorang anak juga. Anak kepada kedua-dua datuk dan nenekku. Dahulu, datuk dan nenekku juga seorang anak. Anak kepada kedua-dua moyangku. Esok lusa Insyaallah kalau diizinkan, aku juga bakal mempunyai seorang anak dan barangkali anakku kelak nanti juga akan melahirkan anak. Putaran hidup ini akan terus berlaku dan berlalu sehingga Kiamat memberi titik nokhtah.

Kita semua akan melalui proses yang sama, cuma yang berbeda itu pengkisahan bagaimana proses itu digunakan. Ilmu, harta, usia muda, anak, isteri, suami, diri sendiri mencoretkan warna-warni pada senggat waktu.

Terlalu memikirkan nasib kita kelak pun tak elok juga, bahkan boleh jadi mengundang dosa jika berserah semata-mata pengakhiran syurga neraka kepada Tuhan, sedangkan jalanNya sunyi dari nur kebaikkan.

Tapi kalau untuk tujuan muhasabah itu tidak mengapa. Menyesali dosa lalu itu bahagian dari syarat taubat, bukan? J

Bagiku, mati itu memotivasikan, jadi fastabiqul khairat! (berlumba-lumbalah membuat amal kebajikan)