Tuesday

Bersahabatlah kerana ALLAH...



Sahabat itu...

Gelak tawa

Air mata

Senyuman

Semangat

Hiburan

Perkongsian

Dan segalanya...






Bercerita tentang sahabat terlalu banyak yang mampu diperkatakan.Kerana sahabat kita berjaya, kerana sahabat juga kita boleh tersungkur rebah.Di kala gembira, kita berkongsi dengan sahabat, ketika duka, sahabatlah menjadi tempat mencurah air mata.Semua itu berlaku atas dasar kasih sayang dan kepercayaan dalam ikatan PERSAHABATAN...Namun, sejauh mana kita mampu pertahankan persahabatan ini kerana ALLAH?Seringkali kita dengar 'ukhuwwah fillah'...Apakah persahabatan yang telah kita bina ini boleh dikategorikan sebagai bersahabat kerana ALLAH?Kalimah itu senang diucap, namun terlalu berat penilaiannya.
Apabila bercerita tentang bersahabat kerana ALLAH, bukan sekadar suka duka di dunia yang ingin kita kongsikan.Tentu sekali pengakhiran hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat juga ingin kita kongsikan.Sesiapa pun mampu berkongsi kesenangan dan keperitan dunia.Tapi siapakah di antara kita yang dipilih untuk benar2 mengasihi sahabat kita hingga ke syurga?Seperti sabda baginda Rasulullah S.A.W:


"Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi 'saudaramu' seperti kamu mengasihi dirimu"


Siapakah saudara yang Rasulullah S.A.W maksudkan di atas?Tentu sekali saudara2 seagama dan ini termasuklah sahabat2 di sekeliling kita.Adakah kita mampu mengasihi mereka seperti kita kasihkan diri kita?Analoginya, di saat sahabat kita memerlukan sesuatu yang ada pada kita dan barang itu sangat kita sayang, dalam keadaan ini mampu atau tidak kita hulurkan barang itu kepada sahabat atas dasar kasih sayang?Mungkin ada di antara kita yang mampu berikan barang itu, tetapi berapa ramai di antara mereka itu yang memberi dengan penuh keikhlasan kerana ALLAH...?
Apabila kita benar2 kasihkan sahabat kita dan sangat2 ingin bersama mereka di syurga kelak (InsyaALLAH), kita akan saling mengingatkan...saling melakukan ma'ruf dan saling menjauhi kemungkaran.Jika kita ingin melakukan amal, sahabat tidak kita lupa untuk diajak menanam benih pahala.Saat sahabat terleka, lidah lancar menyedarkan.Kita lakukan semua ini dengan penuh kasih sayang.Sebaliknya yang menyedihkan, berapa ramai di antara kita mampu lakukan semua ini.Realitinya, apabila sahabat melakukan kemungkaran, lidah kelu untuk menegur atas dasar untuk menjaga hati sahabat.Hakikatnya, inilah bukti betapa kita sebenarnya sanggup meninggalkan sahabat di belakang jika ALLAH izinkan kita ke syurga.Sedangkan bibir tidak pernah kering dari mengungkap kata 'sayang kerana ALLAH' pada sahabat.Apalah erti ungkapan itu...?

*Buat sahabat2ku, apa saja badai yang mendatang menguji keutuhan persahabatan kita, tempuhilah dengan senyuman kerana tanpa badai ini, kita tidak akan kenal erti kasih sayang dalam bersahabat.Sama2 kita renungkan lirik ini...

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya
Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi
Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita
Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

No comments: