Sunday

Bulan Rejab...

Sempena kedatangan bulan Rejab ni, sekadar nak berkongsi fadhilat Bulan Rejab yang amat banyak sebenarnye.Tapi tak ramai yang tahu, atau mungkin tahu, tapi tak alert.So, same2 kita muhasabah balik...

Fadhilat puasa sepanjang Rejab:

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabd
a; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya" Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"



Fadhilat2 lain:
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"


Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.


Hmm...banyak sangat benih2 pahala yang ALLAH sediakan untuk kita...Tapi benih2 itu takkan bercambah tanpa disemai dan ditanam.Dan tiada siapa yang akan semaikan untuk kita melainkan diri kita sendiri.Sama2 la kita rebut benih ini untuk mendapatkan hasil yang lumayan insya-ALLAH...Ganjaran ALLAH itu pasti..


إن الله لا يخلف الميعاد

Selamat Beramal!(^_^)

"SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W."

Sumber: klik & klik

p/s: post ni muhasabah utk diri sebenarny...=)

7 comments:

Fazareez Fauzi said...

Jom pakat p0sa ghamai2..Kempen Pusa Sunat Rejab Syaaban.

p/s: ghajin2 la mangkit thajjud sambil mkn s0q..

Maisarah BT Mohamed Rafie said...
This comment has been removed by the author.
Maisarah BT Mohamed Rafie said...

insya-ALLAH...gempur puasa sunat Rejab & Syaaban!.

p/s:nasib baikla ramai org utara dlm rumah ni.Klu x,jenuh jugak nak faham.

adele said...

sy paling suka pkataan 'soq'
tenang je fazareez ucapkan..

Fazareez Fauzi said...

Ermm..blajaq2 la loghat utara. Ssungguhnya ianya menyeronokkan. Konfom x cemuih...

p/s: apa yg peliknya dgn prktaan 's0q'..?

Maisarah BT Mohamed Rafie said...

xdenye nak seronok..berbelit2 lidah gamaknye..

adele said...

ada ke ana ckp pelik??
tenang dan pelik berbeza definisinya..
hehe