Tuesday

Memori Indah...


Muktamar itu...



Seperti semua ketahui 5 - 7 Jun 2009 baru2 ni telah berlangsung satu 'perhimpunan agung' bagi penyokong & pendokong Islam di Malaysia khususnya...Sungguh hati meronta2 untuk bersama2 para pejuang agama di Stadium Melawati, Shah Alam.Lalu saya pasakkan niat untuk turun ke sana walaupun banyak tanggungjawab yang terpaksa ditangguhkan di sini...walaupun ada sahabat2 yang melarang lantaran risau keselamatan saya...Alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan...Syu dapat temankan saya untuk hari pertama di sana (6 Jun)...Walaupun tak dapat bersama para ulama' pada majlis perasmian, tapi diberi juga kesempatan untuk berada di sana selama 2 hari (6 & 7 Jun).Bersama sokongan ibu & ayah, saya selamat sampai di sana pada 6 Jun lebih kurang pukul 11 tengah hari..Sampai2 je makan jap, terus masuk dewan. Alhamdulillah sempat jugak dengar sedikit perbentangan usul dari perwakilan2...dan usul dari perwakilan Dewan Pemuda sungguh menyentap jantung..Betapa mereka mampu mengalirkan semangat juang dalam hati pemerhati..betapa keikhlasan mereka berjuang terzahir pada perbentangan usul..betapa mereka berani menegur kekurangan pimpinan untuk kemaslahatan pada masa hadapan...Inilah buktinya pimpinan PAS itu tidak takut dikritik..inilah yang 'kita' patut contohi..TAKBIR!..Selesai sesi pagi itu saya terpaksa pulang kerana kesihatan yang tidak mengizinkan..mungkin cuaca agak panas..Ingat nak balik rehat kemudian datang balik malam tu untuk ceramah umum,tapi tak sampai hati pulak nak menyusahkan kakak saya..takpela..yang pasti esok akan saya kembali ke stadium itu lagi..=)

Hari kedua...

Bangun pagi yang ada dalam fikiran saya hanya untuk cepat sampai ke stadium...bukan pagi tu saje, nak tido malam tu pun itu je yang ade dalam fikiran...Lepas bersiap2 akak mintak tolong masak plak,hmm...takpela tolong jap..pastu terus menuju ke stadium..Sampai stadium dup dap dup dap jantung saya kerana hari ni saya berseorangan..kakak saya hanya hantar saya ke sana...hari ni orang lebih ramai berbanding semalam.Gerai pun nampak lebih meriah...Namun terpancar kesuraman di suatu sudut..Mungkin mereka sedih kerana hari ni akan berakhir perhimpunan ni dan mungkin ini perhimpunan terakhir untuk kita..sape tahu?moga2 dipanjangkan umur untuk bersama2 pejuang ini lagi di tahun hadapan...ameen..Nak dijadikan cerita, bleh plak saya sesat hari ni..tak jumpe cari tangga naik atas..(^_^)..bleh plak camtu ek?..takpela..pusing punye pusing,Alhamdulillah jumpe gak tangganye..terus cepat naik n masuk dewan..nasib baik tak lupe bawa tag yang disediakn untuk pemerhati..kalau tak, penat gak nak explain pada sukarela fisabilillah ni..=)..yang sedihnya sempat dengar usul last je dari perwakilan Kelab Penyokong...lepas tu terus sambung dengan ucapan pergulungan dari pimpinan..Segala isu yang dibangkitkan oleh perwakilan sepanjang 'perhimpunan' dijawab dengan bijak dan tenang..Banyak yang saya belajar tentang isu2 yang berlaku dalam Jemaah ni..yang penting jangan cepat melatah dan thiqah pada ahli sangat penting!

Inilah sedikit sebanyak kenangan terindah yang baru dilalui...Walaupun jauh di sudut hati harap dapat hadir ke 'perhimpunan' ini bersama ibu & ayah, ia tidak mematahkan semangat saya...ibu & ayah mempunyai tanggungjawab yang penting...Tapi yang best sebab dapat jadi reporter untuk diorang..setiap kali habis sesi pasti akan saya report semua yang berlaku sepanjang sesi tu...at least mereka dapat tahu perkembangan 'perhimpunan' tu..


p/s: komen tentang saf pimpinan baru insyaALLAH akan dipost kemudian...=)

SELAMAT BERJUANG SEMUA!
PAS MEMIMPIN PERUBAHAN!
(^_^)

No comments: