Monday

Tujuan Diciptakan Manusia

Post kali ni sekadar nak review balik ape yang saya sampaikan pada adik2 SMAPK baru2 ni.Kenapa adik2 SMAPK?hmm ni smua keje syu.Bagi saya kejutan last minute.Nasib baik ade la jugak ilmu walaupun cetek,kalau tak mana nak letak muka...Sebenarnya pengisian untuk tajuk ni pernah disampaikan oleh Kak Yuyu masa liqa' yang pertama dulu masa kat Maahad.Jadi, bile pertama kali jumpa adik2 SMAPK ni teringat balik apa yang Kak Yuyu sampaikan kat kitorang dulu.Ok, here we go.

kejarlah kehidupan yang abadi


Secara ringkasnya tujuan manusia diciptakan tu ada 3...

Pertama, ALLAH jadikan manusia itu untuk menjadi khalifah di Bumi milikNYA.Seperti dalam surah al-Baqarah ayat 30:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "AKU hendak menjadikan khalifah" di Bumi"...

Khalifah yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah hamba ALLAH yang bernama manusia.Dan manusia itu adalah kita.Tidak kiralah siapa pun manusia itu.Dari perdana menteri sehinggalah rakyat jelata.Semua memikul tanggungjawab sebagai khalifah tanpa ada lebih kurangnya.Yang membezakan kita semua adalah sejauh mana kita melaksanakan tanggungjawab kita.Tanggungjawab khalifah yang utama adalah menjaga bumi.Antara cara untuk menjaga keamanan Bumi ialah dengan melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.Ini bermakna, tugas amar ma'ruf dan nahi munkar bukan hanya terletak di bahu para ulama' @ mufti @ pemimpin negara.Tugas ini adalah amanah untuk kita semua.Dan apabila ia dinamakan amanah,pasti akan dipersoalkan kelak.Hmm..sehingga saat ini,sesempurna manakah kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita?Renung2kan sahabat...

Tujuan kedua kita dicipta ialah untuk diuji.Dalam Surah al-Ankabut ayat 2,ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"

Manusia akan sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk ujian yang akan menentukan darjat iman seseorang."Ujian adalah penentu darjat".Dan sudah pasti ujian ini berbeza antara kita.Ada yang diuji dengan kemiskinan,ada yang diuji dengan kekayaan,diuji dengan kegagalan,dengan kejayaan.Semua itu adalah ujian.Ujian bukan hanya tertakluk kepada perkara yang membebankan.Tetapi kesenangan juga adalah ujian.Apa sahaja yang menguji kepergantungan kita dengan ALLAH,itu adalah ujian.Kadang2 ujian melemahkan kita,sehingga kita rasa seperti rebah dan tersungkur.Tapi yakinlah,semua ujian itu kita mampu untuk hadapinya.Cuma sejauh mana kekuatan kita.ALLAH takkan uji hamba2NYA di luar kemampuan mereka.Sahabat2,bangkitlah dari segala kelemahan!Semakin kuat kita hadapi ujian insya-ALLAH semakin tinggi iman kita.Rebutlah marhalah iman yang paling tinggi.=)

Dan tujuan ketiga kita diciptakan adalah untuk beribadah.ALLAH telah berfirman dalam Surah az-Zaariyaat ayat 56.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU".

Ibadah itu bukanlah terikat dengan solat,puasa,zakat atau haji semata.Tetapi konnsep ibadah itu terlalu luas.Apa sahaja perbuatan atau kata2 yang diniatkan kerana ALLAH atau sebagai pengabdian kepada ALLAH itu adalah ibadah.Sehingga tidur seorang muslim itu juga boleh dikategorikan sebagai ibadah.Betapa ALLAH itu Maha Pengasih kepada hamba2NYA.Dihamparkan peluang yang amat sangat luas kepada semua untuk beribadah semata2 mendapatkan RedhaNYA dan seterusnya syurga ALLAH insya-ALLAH.Alangkah ruginya kita jika mensia2kan peluang yang ALLAH beri.Jangan ditangguh apa sahaja perbuatan yang dirasakan ibadah kerana bila2 sahaja peluang yang ALLAH hampar itu akan digulung kembali.Mati tu kan pasti dan tiada siapa pun yang tahu bila akan tiba waktunya.Oleh itu, ibadahkanlah segala perbuatan kita.


-Ni je la kot yang sempat saya kongsikan dengan adik2 SMAPK hari tu.Tapi ada la yang ditambah atau dikurangkan.


p/s:Terima kasih yang tak terhingga untuk Kak Yuyu..insya-ALLAH saya akan ingat sampai bila2 benda ni.(^_^)

2 comments:

Nursyuhada M.Zulkifli said...

syukran sarah sudi tmnkan ke bumi tarbiyyah sy..walOpn trkdg tempat itu jd medan pembrontakan.hoho.

pgalaman yg takkan kulupa~ =)

sarah said...

Sebenarnye waktu tu kaki tgh gatal nak b'jalan..tu yang ikut tu..hehe..thanks jugak sudi knalkl sy ngan adk2 tu..hehe