Wednesday

Ahlan ya Syaaban!




Hari ini setapak lagi kita melangkah mendekati Ramadhan yang dinanti2..Sebulan je lagi.Sebulan ni terlalu sekejap sebenarnye.Syaaban juga antara bulan yang mempunyai fadhilat kathirah.Antaranya tentulah kelebihan berpuasa sunat sepanjang bulan Syaaban ni:

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir hari khamis pada bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-hadis) dari kitab Al-Barokah.

Sabda Rasulullah S.A.W. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang terlebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa berpuasa pada bulan Syaaban kerana membesarkan Bulan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezkinya baginya – antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Selain itu, antara fadhilat Syaaban ialah:

Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa Bulan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Ambia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah Taala atas sekalian makhlukNya. (Al-Hadis).

Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya , dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya : Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyengutukan Allah sesuatu, kecuali : tukang nujum , kekal dalam zina, kekal minum arak dan yang menderhakai terhadap ibubapa. (Al-Hadis).

Terlalu banyak ganjaran yang dijanjikan.Tinggal lagi diri kita nak atau tak je.Jangan terlalu mengejar untuk beramal di bulan Ramadhan sehingga terlepas pandang fadhilat Syaaban yang dijanji.Belum tentu amalan2 yang kita rangka untuk Ramadhan kita mampu tunaikan kesemuanya.Sebab tu, gunakanlah Syaaban ni sebaik mungkin untuk beramal sebanyak mungkin.

Sumber: klik

p/s: Ustaz Syed Salim pesan, bulan Syaaban ni banykkan zikir & selawat ke atas nabi..=)

No comments: