Monday

ALLAH tu baik...=)


copy & paste je ni.

Oleh : Amin Fadzlan
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun BersamaIslam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,
"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?" Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK KITA untuk berpakaian sesuka hati kita".Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "

Thursday

Tinggalkan kenangan, bangkit dengan senyuman =)


"Jika dakwah adalah nafas-nafas yang terhembus di setiap saat, maka jagalah ia, agar tetap terhirup dan kita tetap hidup kerananya...
Jika dakwah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan, maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan pencak...
Jika dakwah adalah jalan yang panjang, maka janganlah berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yang terang benderang,
Jika dakwah adalah bunga, maka sebarkanlah rekahannya agar ia terus menebarkan wangian ke seluruh penjuru dunia..."
Salam juang.
Kuat kerana Islam.
Kuat kerana ALLAH.

Renunglah dengan mata hati...
"Jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar,
namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan ALLAH.
Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuhi,
yakinlah ALLAH bersama-sama kita ketika ini.
Jika esok, kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri,
percayalah ALLAH & pertolonganNYA juga akan bersama dengan kita esok..."
Salam kekuatan, salam kecemerlangan...salam pengorbanan...salam sayang buat sahabat seperjuangan. Sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat...

"Andai remuk hati dihempas manusia,
ketahuilah yang manusia itu hamba dan ALLAH itu Tuhan yang Maha Berkuasa membalasnya.
Andai gundah jiwa direnggut bolak balik yang tiada sudah,
ketahuilah di tangan DIA segala kekuatan yang terbaik dan segala indah..."
ALLAH ada.

Antara kata-kata yang bangkitkan saya kembali. Terima kasih sahabat-sahabat. Banyak lagi, tapi tak tertulis. Apa-apa pun saya sangat-sangat hargainya.


Alhamdulillah,diberi peluang untuk kecapi umur 21 tahun. Moga peningkatan umur ini seiring dengan peningkatan ibadah dan iman.

Hmm...walaupun tahun ni 6 Mac adalah hari pertama persidangan Kejohanan Piala Naib Canselor 2010, yang mana hari yang agak kalut bagi saya. Namun, Alhamdulillah tetap best.

- Dapat suprised gift.
- Diberi peluang untuk jadi hakim pada sidang ketiga debat NC tadi..syukran Dr Ahmad.(^_^)
- Dapat wish dari my lovely sofea @ oya.(1st time..)
- Celebrate bday dengan otai-otai debat.
- Dapat call dari orang yang tak disangka. Thanks a lots!


Sarah,

Kini adalah waktu untuk bekerja. Bukan lagi masa untuk terus tenggelam dalam kenangan. Masa untuk bangkit dengan senyuman insya-ALLAH...=)



p/s: syukran, terima kasih, thank you buat semua yang wish sama ada call, mesej, mms etc. Really appreaciate it. Maaf kalau ada yang saya tak respon. Kekalutan hari ini menyebabkan saya terlepas pandang.