Saturday

'Tazkirah Live"

Alhamdulillah Ramadhan sudah masuk fasa kedua dan kita masih diberi kekuatan untuk sama-sama hidupkan Ramadhan ini. Moga terus istiqamah hingga akhir insya-ALLAH. Fasa pertama yang berlalu mungkin ada yang kita sia-siakan. Jadi, kena bekerja keraslah untuk fasa kedua dan ketiga ni untuk capai target Ramadhan kita kali ni...
Entry kali ni sekadar nak berkongsi tazkirah live yang saya terima masa berbuka puasa kat cyberjaya. Termenung sekejap bila tengok 'kejadian' ni depan mata. Buat diri rasa hina di depan ALLAH s.w.t..

Kelmarin ALLAH bagi kesempatan untuk berbuka kat cyberjaya dengan kawan-kawan. Memandangkan kitorang bertolak dari rumah agak lambat, so jalan terbaik adalah solat Maghrib dulu then baru makan makanan berat. Tempat yang kitorang pergi tu agak tak familiar, jadi tak tahu surau mana paling dekat. Kitorang pun berijtihadlah cari surau. Alhamdulillah ALLAH mudahkan, jumpe surau dekat je dengan tempat kitorang nak makan. Tapi saya tak tahu ape name tempat solat ni. Mengikut apa yang saya tanya kat orang yang solat sama-sama dengan kitorang, dia kata tempat tu adalah hentian bas yang belum beroperasi sepenuhnya. So, buat masa sekarang, tempat tu adalah tempat 'jin bertendang'.

Memandangkan ruang solat agak sempit, jadi kenelah bergilir untuk solat. Masa saya baru sampai, kat situ ada dua orang perempuan yang pakaiannya agak kurang muslimah atau dalam bahasa kasar, menjolok mata (tapi pakai tudung). Jadi, saya terpaksa tunggu diorang solat dulu. Mula-mula sorang tu dah siap pakai telekung, yang sorang lagi baru nak berwudhu'. Saya ingatkan yang dah siap ni nak terus solat, tapi saya amat terkejut bila dia susun sejadah dalam susunan untuk berjemaah. Terdetik dalam hati, 'diorang nak jemaah ke?'..Tapi mulut diam je lah. Bila yang berwudhu' tadi siap bertelekung, diorang terus masuk saf dan solat berjemaah. Saya terus diam. Terkedu kejap. Terdetik dalam hati, 'sungguh... hidayah tu milik ALLAH'.

Hmm...saya mula bandingkan diri saya dengan diorang. Kadang-kadang masih ada rasa liat untuk solat berjemaah. Tapi diorang, sangat mudah tunaikan. Padahal saya berada dalam bi'ah yang insya-ALLAH Islamik sedangkan diorang dalam bi'ah yang agak membimbangkan. Saya diberi pendidikan Islam yang berterusan, tapi diorang?

Waqi' di USIM sendiri, kadang-kadang pakaian Alhamdulillah cukup semuanya, tapi di surau, masih lagi solat nafsi-nafsi. Tapi diorang, dalam berpakaian bergitu, masih sedar tentang kelebihan solat berjemaah. Subhanallah...Banyak lagi kene muhasabah ni.




Rasulullah SAW bersabda : " Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dgn 27 darjat."

Berkata Usman ra dlm satu hadis marfu', " siapa solat isya berjemaah sama seperti dia beribadah separuh malam. Dan siapa solat subuh berjemaah sama seperti dia beribadah sepanjang malam."

Rasulullah SAW bersabda : " Siapa solat berjemaah sesungguhnya dia telah memenuhi lautannya dengan ibadah "

Sabda Rasulullah SAW, " Siapa solat berjemaah 40 hari berturut2 iaitu takbiratul ihram bersama imam, Allah menuliskan utknya 2 kebebasan. Bebas dari kemunafikan dan bebas dari Neraka."

- Sumber: link
- Moga2 ini jadi motivasi untuk berjemaah setiap waktu.
- Tiba-tiba teringat bacaan imam terawih kat Masjid Nilai tadi. Syahdu...~

Friday

u can do it, dear!


This entry is specially dedicated to you...

Ua,
All the Best for ur trial n coming SPM.
I know u can do the Best as u did before.
Jangan tension sangat. Everything will be ok insya-ALLAH.
Juz ignore what everyone will say, i know u very well dear...
as i told u, whatever it is, i'll always be by ur side..
im feel guilty bcoz i cant be there when u really need me, but i always ready to be a good listener for u. Juz give me a call whenever u need me...
Take it as a challenge for u.
Jangan letakkan kesalahan pada org yang tak bersalah...(u know what i mean)...

Lastly,
Moga ALLAH bantu kamu dan kurniakan kekuatan utk kamu supaya kamu jadi insan yang cekal...
Yakinlah, ALLAH will gives u what is the Best for u and HE always there for u dear.




Thursday

Ramadhan Kareem~

Jom! solat Tarawih tanpa gagal.=)

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama blog ni sunyi tanpa sebarang tulisan dari tuannya, hari ini dikurniakan sedikit kekuatan untuk bercerita...Sempena Ramadhan. Sebenarnya nak tulis sebelum Ramadhan, tapi kekangan masa menghalang niat. Takpe, yang penting masih di awal Ramadhan.

Tiap kali Ramadhan tiba, hati jadi sayu teringatkan kenangan menjalani ibadah puasa di Mesir, Madinah & Makkah. Sangat jauh bezanya dengan bi'ah Malaysia...Walaupun jadual seharian padat dengan agenda yang telah disusun, langsung tak terasa penatnya. Bayangkan, dalam keadaan berpuasa, saya mampu mendaki pyramid. Kalau kat sini, nak panjat tangga FSU pun dah mengah. Bukan cuaca yang menjadi penyebab, tapi masyarakat sekeliling.

Kat sana, bulan Ramadhan adalah bulan untuk bekerja lebih dari bulan-bulan lain. Tak kiralah, ibadah khusus atau umum, semuanya ditingkatkan menyebabkan masyarakat lebih energetic. Tapi kat sini, bulan Ramadhan adalah bulan paling layu. Siang hari dibanyakkan rehat. Kadang-kadang senyum pun tak mampu.

Paling menyentuh hati, bi'ah Quran...Ye, memang tak dinafikan kat sini pun Quran hidup di bulan Ramadhan, tapi kat sana, Quran jauh lagi hidup. Di mana-mana pun kita boleh dengar alunannya. Ditambah dengan lisan a'rabiyyuun yang mengalunkannya, sejuk hati mendengarnya. Buat hati tak sabar menunggu saat untuk menunaikan solat Tarawih.

Hmm..terlalu jauh bezanya. Tapi takpe, buat masa sekarang sama-sama kita maksimakan ibadah di bulan Ramadhan ni. Tak kiralah di mana pun kita berada..

Moga ALLAH izinkan kita untuk jadikan Ramadhan ini yang terbaik...~



-Sangat-sangat berharap ALLAH jemput lagi untuk jadi tetamuNYA...
- Hepy Belated B'day untuk sahabat (30th July)...Bukan saya lupe, tp takut nak mesej @ call. Takut ganggu awk. Saya wish kat sini, sebab saya tau awk akan baca entry ni bila awk free.=)...moga awk sentiasa tenang dalam jagaan ALLAH.