Thursday

Bekalan Hidup



Masuk sahaja pintu pagar, mata meliar melihat bangunan asrama yang tersergam indah. Si ibu sibuk menyemak cek list barang dan mengingatkan si anak kalau-kalau ada keperluan yang tercicir, sedang si ayah hanya diam memerhati anak daranya dari jauh. Sekali-sekala mencelah leteran si ibu yang kedengaran dari tadi. Kelihatan juga anak-anak kecil berlari-lari kegembiraan menghantar kakak dan abang ke ‘sekolah baru’. Seronok juga melihat gelagat dan ragam adik-adik yang masih 'suci' ni. J.


Kala ini bisa dilihat karenah kedua orang tua yang begitu prihatin terhadap masa depan anak. Meski kegembiraan dapat menghantar si anak ke menara gading, yang jauh terbenam di dasar sana ada sekeping hati yang menyulam harapan setinggi gunung. Ya. Pemilik hati itu pastinya ingin sekali melihat anak-anak yang dilahirkan dan dibesarkan semenjak kecil punyai bekalan Ilmu dan Iman. Mana taknya, mula dari bertatih-tatih, kini sudah pandai berlari ke sana ke mari. Mula dari buta tak mengenal huruf kini sudah suguh menyantuni Kitab-kitab lama. Teman-teman, jangan sesekali pernah mengecewakan hati yang bernama Ibu dan Ayah.


Hari Pendaftaran selalunya mengujakan. Nyalaan bara keazaman seorang anak muda terpancar di dinding wajah tiap daripada mereka yang baru saja bergelar mahasiswa/i. Saban tahun USIM ‘menyunting’ pelajar lepasan SPM yang majoriti berlatarbelakang sekolah agama. Yang sudahpun lazim dengan suasana usrah dan tarbiah di sekolah dulu. Maka tentulah cita-cita yang ingin digapai juga ada hadaf Islam di sana. Allah..



‘Aku mahu jadi seorang doktor yang merawat para pesakit dengan ayat-ayat suci Al-Quran’



‘Aku mahu jadi peguam yang membela orang-orang yang dizalimi’



‘Aku mahu menjadi pakar pemakanan yang menjaga dan merekacipta makanan yang halal dan baik untuk Umat Islam. Mudah-mudahan dapat mengelakkan yang syubhah, jauh sekali yang haram’



Dan buat adik-adik Tamhidi, didoakan agar apa yang dipelajari oleh kalian di alam kampus ini membuka lembaran baru dalam meniti hari-hari dalam kehidupan menuju Ilahi . Insyaallah



"Jangan takut melakar kesilapan, belajar , belajar dan terus belajar”



Selamat Datang dan Ahlan Wa Sahlan buat adik-adik Tamhidi sesi 2011/2012 (^_^)



“Katakanlah (wahai Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui

dan orang-orang yang tidak mengetahui”.

[QS Az Zumar(39) : 9]



p/s : Berbaki dua tahun lagi untuk bergelar graduasi. Baru sedar, bukan penting lama mana di sini tapi bagaimana kita manfaat selama mana kita ditempatkan di mana kita berada :)

No comments: