Friday

Muhasabah

Al -Imam (International) Institute


Kebelakangan ni saya selalu sangat teringatkan kehidupan di Al-Imam (International) Institute.Satu2 kenangan kat sana menerjah ruang fikiran.Mungkin ALLAH nak muhasabahkan diri saya yang banyak sangat lalai.Dalam banyak2 sekolah yang saya pernah belajar, sekolah inilah yang sangat2 memberi kesan kepada kehidupan saya, yang merubah hidup saya.Walaupun semua sekolah saya adalah sekolah agama hatta tadika sekalipun,namun AII sangat berbeza.Tak dapat nak digambarkan bagaimana indahnya kehidupan di sana.Walaupun zahir nampak seolah2 suram, namun nikmat pada hati yang ALLAH kurniakan sangat2 tak ternilai.Andai waktu dapat diundurkan,waktu sepanjang pengajian saya di AII la yang saya akan undurkan dulu.

AII la yang kenalkan saya dengan al-Quran..yang kenalkan saya dengan jubah dan tudung labuh..yang mengajar erti berdikari walaupun umur saya ketika mendaftar di situ baru 9 tahun.Alhamdulillah ALLAH izinkan saya berada di sana lebih kurang 4 tahun (Dis 1998 - Dis 2002).Hampir 24 jam seharian di sana digunakan untuk beribadah dan menuntut ilmu ALLAH.Ok, saya sertakan sket jadual harian kat sana (zaman saya la,mungkin skang da lain sket.)

5.00 a.m - Pelajar2 dikejutkan.
5.30 a.m
- Semua pelajar dan ustaz MESTI berada di musolla.(Kalau tak, rotan menanti!)

5.30 - 6.00 a.m
- WAJIB Solat hajat, Tahajjud n Witir.

6.00 a.m - Solat Subuh (WAJIB berjemaah).
6.20 a.m
- Tazkirah dari pelajar @ Ayahmin (mudir.)Tazkirah ni kadang2 dalam group, kadang2 macam perhimpunan tapi dalam musolla la.

6.45 a.m - 8.00 a.m - Kelas tasmi' at least 1 m/s.(Klu x, rotan menanti.)
8.00 a.m - 8.30 a.m
- Breakfast.

8.30 a.m - 10.15 a.m - Kelas sabiq at least 10 m/s.(Klu x, cam biase la rotan!)
10.15 a.m - 10.30 a.m
- Minum pagi.

10.30 a.m - 12.15 p.m
- Kelas muroja'ah at least 2 juzu'.Bleh jugak 1 juzu' tp malam kang wajib tambah lg 1 juzu'.

12.15 p.m - 1.15 p.m
- Qailullah.
(WAJIB!)
1.15 p.m - 2.30 p.m
- Solat Zuhur berjemaa'h & makan tengah hari dalam talam hatta ustaz2 pun.

2.30 p.m - 4.45 p.m- Kelas akademik.
4.45 p.m - 6.45 p.m - Solat Asar berjemaa'h n halaqah tafsir Quran jap pastu riadhah.
6.45 p.m - 7.30 p.m
- Urus diri.

7.30 p.m- 8.00 p.m- Solat Maghrib berjemaa'h.
8.00 p.m- 9.15 p.m
- Kelas murojaa'h @ tasmi'.Bergantung pada pencapaian pelajar pd hari tu. (klu pelajar yang akan ambik exm cm SMU @ SPM waktu ni kelas akademik.)

9.15 - 10.00
-Solat Isya' berjemaa'h n makan malam dalam talam.

10-00 p.m - 11.00
- Kelas murojaa'h @ tasmi'.

11.00 p.m - 5.00 a.m
- Kumpul tenaga.


Kesimpulannya dalam seminggu kitorang kene dapatkan:
- 5 m/s tasmi'.
- 2 juzu' & 10 m/s sabiq.
- 10 juzu' muroja'ah.
(Tapi skang ni nak dapat sejuzu' sehari pun berat..hmm)

Hmm...camnilah lebih kurang kehidupan seharian kitorang kat AII.Mungkin ada yang x btul masanya sbb tak berapa ingat.Tapi overallnye camtu la..Memang kadang2 agak memenatkan, tp at least kitorang xde masa untuk dibazirkan.Hafazan kitorang plak akan diuji 2,3 bulan skali kot ( x sure.).Hmm..mana tak rindu dengan skolah ni.Kalau nak dibandingkan dengan kehidupan selepas keluar dr AII sangat jauh bezanya.Mula2 bleh lg nak istiqamah, tp lama2 makin lalai.Ye la..da xde orang nak ingatkan, da xde rotan..Tak dinafikan kat sini pun ada masalah disiplin pelajar, tp semua tu hanya sebagai penambah rasa untuk kitorang sebagai pelajaran hidup.Walaupun hanya 4 tahun kat situ, saya bersyukur sangat sebab ALLAH bg peluang untuk berada di sana.Pengalaman kat AII takkan dapat kat mana2...

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustazah Habsah Yunus (Mok Soh) - ustazah hafazan sy dr awal hingga akhir.Ustazah ni ditutup penglihatan zahirnya, tp hatinya terang.30 juzu' dalam dadanya.Dia menghafaz tanpa pernah melihat 1 huruf pun dalam Quran...Tapi hafazan dia jauuuh lagi bagus dr mereka yang dikurniakan penglihatan yang sempurna.Ustazah ni jugak selalau masuk pertandingan Tilawah.Suaranya sangat la merdu..Paling merdu time jerit panggil saya n kawan2 yang selalu borak dalam kelas @ lambat g baca dengan dia..hehe..Tp semua tu tinggal kenangan je.skang da jarang sangat jumpe dia...Moga ALLAH Rahmati & Berkati hidupnya n keluarganya.

Terima kasih jugak untuk Ayahmin n arwah Ummi (isteri mudir) yang sangat2 bersabar dalam mendidik saya yang sangat nakal.Tak lupa juga ustaz2 n ustazah2 yang pernah mengerah tenaga, meluangkan masa, mencurahkan ilmu kepada saya.Halalkan semuanya ya ustaz n ustazah!Tak kurang juga yang banyak membantu saya sepanjang di AII ialah Pegawai2 AII tak kiralah pangkat ape pun termasuk mak cik2 kantin..Terima kasih sangat2!

"Ya ALLAH kurniakanla ganjaran yang terbaik untuk mereka.."


p/s: sekadar muhasabah diri sendiri.Banyak sangat masa yang disia2kan skg ni.=(

5 comments:

mohad said...

memory lama ya...muhasabah..muroqabah..mujahadah..musabaqoh..

Maisarah BT Mohamed Rafie said...

hmm..pengalaman tu la yang banyak mengajar kita..=)

Lukisan Hati said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

salam, memang tidak dinafikan hidup dalam biah alquran amat lain, dan lebih syukur lagi jika Allah kurniakan kita dengan akhlak alquran, dan mengamalkan isi kandungannya..

mohad said...

muhasabah diri mencari untung dan rugi pada diri sendiri..