Wednesday

Pahit Manis Istiqamah


Tibe2 rasa nak cerita tentang istiqamah.Kebelakangan ni terasa diri semakin tidak istiqamah dalam amalan2 harian.Kenapa saya letak tajuk 'pahit manis istiqamah'?..Sebab secara peribadinya saya memandang istiqamah ni dari 2 sudut.Pertama sebelum istiqamah dan kedua selepas istiqamah.

Istiqamah boleh didefinisikan sebagai berterusan atau berpanjangan.Ini dari segi bahasa la.Untuk memahami dengan lebih mendalam dan pengupasan istiqamah, boleh klik sini.

Antara dalil yang menegaskan tentang kepentingan beristiqamah terutama dalam perjuangan.

Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap bertistiqamah sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. [Huud 11: 112-113]

Betapa pentingnya istiqamah ini sehingga ALLAH menyebutnya di dalam alQuran.Istiqamah ini terlalu luas jika ingin dikupas secara sempurna.Namun, bagi saya yang sangat kurang ilmu, cukuplah saya berkongsi pendapat peribadi saya tentang istiqamah dalam amalan harian.

Seperti saya ceritakan kat atas, saya memandang istiqamah dari 2 sudut iaitu sebelum dan selepas.Ok, sebelum istiqamah kita akan terasa sangat pahit.Kadang2 kita akan putus asa untuk mengistiqamahkan amalan2 harian seperti bacaan ma'thurat, membaca alQuran, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.Dalam tempoh percubaan untuk istiqamah ini, akan ramai di antara kita akan tersungkur dan mengalah.Lantas membiarkan amalan2 yang patut diistiqamahkan begitu saja dan melakukannya bila terasa mahu sahaja.Hakikatnya, istiqamah tidak mendambakan amalan yang banyak, tetapi hanya memerlukan sedikit kesungguhan dari kita untuk berusaha lebih sehingga menjadikan amalan harian sebagai amalan yang berterusan.Amalan yang sedikit tetapi berterusan lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tidak berterusan.Namun sudah pasti amalan yang banyak dan berterusan itu adalah yang TERBAIK!..Kita sebagai manusia yang fitrahnya dihiasi segala kekurangan,memang akan terasa pahit ketika berada di marhalah percubaan ni.Di marhalah ini, pelbagai ujian yang akan datang.Ujian nafsu, syaitan, kekayaan dll.

Tapi, yakinlah KEMANISAN yang tak terungkap menanti di hadapan jika kita berjaya mengistiqamahkan amalan harian.Memang benar, amalan2 sunat hanya dilakukan bila berkelapangan dan berkemampuan.Tapi alangkah indah kehidupan harian jika dihiasi dengan amalan2 sunat yang berterusan.Apabila kita telah berjaya beristiqamah dalam amalan2 harian, hidup akan terasa lebih teratur.Saat kita terlupa untuk melakukan salah satu dari amalan harian kita, kita akn rasa kehilangan atau mungkin terasa jauh dari ALLAH.Dan inilah seringkas2 tazkirah pada diri sendiri.Dan inilah kemanisan yang tak terungkap.Namun bukan mudah untuk mencapai tahap ini.Azam yang tinggi dan usaha yang gigih la menjadi pemudah cara untuk mencapai kemanisan istiqamah ni.


p/s: moga2 entry ni menjadi tazkirah utk diri.

No comments: