Thursday

Syukur ya ALLAH...

Entry ini tiada apa-apa pengisian, sekadar cerita hati.

Alhamdulillah syukur ya ALLAH...lapang dada bila dah habis final exam. Menghadapi 9 papers final amat perit. Namun harus sedar ini baru permulaan. Jauh lagi perjalanan. Moga ALLAH permudahkan jalan di hadapan...ameen.Kali ini sejarah hitam sem lepas(tersalah tengok jadual) tak berulang, Alhamdulillah... Moga takkan berulang. Cukuplah sekali.

Lame sungguh tak menaip apa-apa kat blog ni. Rasa sangat janggal. Keras je tangan. Otak pun tak dapat nak tumpu sepenuhnya pada apa yg ditulis. Sebab hati, perasaa, akal fikiran semua dah dekat rumah. Jasad je kat sini. Tiket ter'book' lewat. Jadi terpaksa stay 2,3 hari lagi.

Cuti sem ni lebih kurang 2 bulan. Belum merangka dengan baik perjalanan cuti kali ni sebab masih meneliti tarikh2 penting untuk berada di Nilai & Kelantan. Nampak gaya macam kena ulang-alik. Hmm...

Ok, dah tak boleh teruskan penulisan, otak beku.

Buat sahabat2 yang tak dapat balik lantaran kekangan kerja2 yang perlu diselesaikan, jangan sedih, ALLAH pilih anda untuk jadi golongan yang tidak lalai. Teruskan langkah. Moga ALLAH kurniakan kekuatan untuk terus tersenyum meneruskan perjuangan ni.=)

2 comments:

Munirah Mohd Rosali said...

Salam ya ukhti...
Tahniah berjaya lalui imtihan dgn baik..Alhamdulillah...
Wah cuti 2 bulan,semoga terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Muni cuti smpai hujung bulan ni insyaAllah (3 minggu je..huhu)
Doakan muni yaaa =)

Fazareez Fauzi said...

Salam, terima kasih atas layanan oghe klate...