Saturday

'Tazkirah Live"

Alhamdulillah Ramadhan sudah masuk fasa kedua dan kita masih diberi kekuatan untuk sama-sama hidupkan Ramadhan ini. Moga terus istiqamah hingga akhir insya-ALLAH. Fasa pertama yang berlalu mungkin ada yang kita sia-siakan. Jadi, kena bekerja keraslah untuk fasa kedua dan ketiga ni untuk capai target Ramadhan kita kali ni...
Entry kali ni sekadar nak berkongsi tazkirah live yang saya terima masa berbuka puasa kat cyberjaya. Termenung sekejap bila tengok 'kejadian' ni depan mata. Buat diri rasa hina di depan ALLAH s.w.t..

Kelmarin ALLAH bagi kesempatan untuk berbuka kat cyberjaya dengan kawan-kawan. Memandangkan kitorang bertolak dari rumah agak lambat, so jalan terbaik adalah solat Maghrib dulu then baru makan makanan berat. Tempat yang kitorang pergi tu agak tak familiar, jadi tak tahu surau mana paling dekat. Kitorang pun berijtihadlah cari surau. Alhamdulillah ALLAH mudahkan, jumpe surau dekat je dengan tempat kitorang nak makan. Tapi saya tak tahu ape name tempat solat ni. Mengikut apa yang saya tanya kat orang yang solat sama-sama dengan kitorang, dia kata tempat tu adalah hentian bas yang belum beroperasi sepenuhnya. So, buat masa sekarang, tempat tu adalah tempat 'jin bertendang'.

Memandangkan ruang solat agak sempit, jadi kenelah bergilir untuk solat. Masa saya baru sampai, kat situ ada dua orang perempuan yang pakaiannya agak kurang muslimah atau dalam bahasa kasar, menjolok mata (tapi pakai tudung). Jadi, saya terpaksa tunggu diorang solat dulu. Mula-mula sorang tu dah siap pakai telekung, yang sorang lagi baru nak berwudhu'. Saya ingatkan yang dah siap ni nak terus solat, tapi saya amat terkejut bila dia susun sejadah dalam susunan untuk berjemaah. Terdetik dalam hati, 'diorang nak jemaah ke?'..Tapi mulut diam je lah. Bila yang berwudhu' tadi siap bertelekung, diorang terus masuk saf dan solat berjemaah. Saya terus diam. Terkedu kejap. Terdetik dalam hati, 'sungguh... hidayah tu milik ALLAH'.

Hmm...saya mula bandingkan diri saya dengan diorang. Kadang-kadang masih ada rasa liat untuk solat berjemaah. Tapi diorang, sangat mudah tunaikan. Padahal saya berada dalam bi'ah yang insya-ALLAH Islamik sedangkan diorang dalam bi'ah yang agak membimbangkan. Saya diberi pendidikan Islam yang berterusan, tapi diorang?

Waqi' di USIM sendiri, kadang-kadang pakaian Alhamdulillah cukup semuanya, tapi di surau, masih lagi solat nafsi-nafsi. Tapi diorang, dalam berpakaian bergitu, masih sedar tentang kelebihan solat berjemaah. Subhanallah...Banyak lagi kene muhasabah ni.




Rasulullah SAW bersabda : " Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dgn 27 darjat."

Berkata Usman ra dlm satu hadis marfu', " siapa solat isya berjemaah sama seperti dia beribadah separuh malam. Dan siapa solat subuh berjemaah sama seperti dia beribadah sepanjang malam."

Rasulullah SAW bersabda : " Siapa solat berjemaah sesungguhnya dia telah memenuhi lautannya dengan ibadah "

Sabda Rasulullah SAW, " Siapa solat berjemaah 40 hari berturut2 iaitu takbiratul ihram bersama imam, Allah menuliskan utknya 2 kebebasan. Bebas dari kemunafikan dan bebas dari Neraka."

- Sumber: link
- Moga2 ini jadi motivasi untuk berjemaah setiap waktu.
- Tiba-tiba teringat bacaan imam terawih kat Masjid Nilai tadi. Syahdu...~

3 comments:

inniakhofullah said...

Info tambahan:

Dari Utsman berkata :

Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

“ Barangsiapa solat isyak dengan berjemaah, maka ia laksan solat malam setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka ia laksana mengerjakan solat malam sepanjang malam .”

( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya)

dan Abu Dawud dengan lafaz :

Maka ia laksana solat malam separuh malam.

Dan barangsiapa solat isyak dan solat subuh dengan berjemaah maka bererti ia telah melakukan solat malam sepanjang malam.

Hadith ini disahkan oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah, dan mengikuti zahir riwayat Muslim, iaitu :

Sesungguhnya solat subuh dengan berjemaah, pahalanya lebih dari solat isyak dengan berjemaah, lafaz hadith ini ada pada Abu Dawud memperkuat hadith tersebut .

Durratul Akhyar said...

yaa..sangat syahdu sekali imam tersebut..bacaannya seolah2 Allah sedang berbicara dengan kita..mengalir air mata saat ayatNya dibacakan..'Azim! Tiada yg lbh hebat melainkan Engkau Ya Allah..

sarah said...

syukran erma fatiha...

yerp nti..sungguh menyentuh hati bacaan imam tu.tu la kelebihan yg ALLAH bg dia gune utk manfaat,tp sesetgh dr kta gune suara ALLAH bg utk perkara yg munkar..
rindu nak jd ma'mum kpd imam tu lg...=)