Saturday

Taqdir, Hikmah & Cross stich

Alhamdulillah Jumaat baru-baru ni saya berkesempatan menonton rancangan alHidayah walaupun sekali imbas. Dan saya dapat satu pengajaran yang sangat lekat pada hati saya. Saya lupa apa nama ustazah yang bagi talk tu, tapi dia bawakan satu analogi mudah tentang Taqdir, Hikmah dan Cross stich ni.

Analoginya mudah, tapi realistik. Dia ceritakan, suatu hari seorang ibu sedang membuat jahitan cross stich sambil memerhatikan anaknya yang masih kecil bermain bersama kawan-kawannya. Ketika si ibu sedang leka membuat jahitan itu, anaknya yang masih kecil itu datang dan bertanya, ibu tengah buat apa tu? Jawab si ibu, ibu tengah menjahit, nak. Anaknya bertanya lagi, kenapa jahitan ibu nampak berserabut? (kerana si anak melihat jahitan cross stich itu dari bawah). Ibunya dengan tenang menjawab, tunggulah bila sudah siap nanti, mesti cantik. Anaknya terus menyambung permainannya. Selang beberapa minit, anaknya datang lagi dan bertanya, ibu kenapa jahitan ibu masih lagi berserabut dan tak cantik? Ibunya sekali lagi menjawab dengan tenang, sabar...ibu masih belum siap lagi. InshaALLAH dah siap nanti mesti cantik.


Akhirnya apabila cross stich itu sudah siap, si ibu menunjukkan hasilnya pada si anak. Si anak sangat kagum melihatnya. Sangat jauh bezanya dengan apa yang dilihat sebentar tadi.
Itulah sebenarnya contoh mudah tentang taqdir yang ALLAH tentukan buat kita. Kita yang sentiasa melihat taqdir itu dari bawah sentiasa berasa sedih, kecewa, putus asa dan sebagainya. Tapi ALLAH yang melihat dari atas rupanya sedang 'menjahit' sesuatu yang sangat cantik untuk kita menghasilkan hikmah yang kita tak sangka. Jadi, sama-samalah kita sentiasa berbaik sangka dengan apa sahaja ketentuan ALLAH kerana itulah sebenarnya yang terbaik buat kita.=)

Firman ALLAH:

{وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ}

"Boleh jadi apa yang kamu tidak suka itu adalah baik bagimu dan boleh jadi juga apa yang kamu suka itu adalah tidak baik bagimu, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".alBaqarah: 216.

- mengubat hati dengan rencah kehidupan harian.

2 comments:

adilah said...

bersedih sebab apa lagi ni..debat menang dah

sarah said...

ntah la..bila la kepenatan tu penat nk kejar sy..~