Wednesday

Entry untuk Kak Ainul


Pertama sekali, entry kali ni khas ditujukan buat srikandi yang bernama Ainul Faridah Abdullah sahaja. So, sesiapa yang bukan bernama sekian, sila jangan baca!

Salamullahia'laiki akak,
Hmm..sebenarnye banyak yang saya nak cakap kat akak. Tapi bila akak call, tak tercakap plak. Kalau nak mesej memang tak muat la. Pastu kalau nak emel memang saya tak suka. Jadi, alang-alang dah lame tak update blog, saya pun terfikir nak tulis semua kat sini. Harap akak tergerak hati nak bukak blog ni dan bace ape yang tertulis kat entry ni...

Mula-mula sekali nak ucap terima kasih yang sangat-sangat banyak... Akak banyak kuatkan saya selama ni. Lagi-lagi saat saya tersungkur terduduk minggu lepas. Alhamdulillah taqdir ALLAH sangat indah bila DIA izinkan akak ada kat Nilai baru-baru ni. Saya perlahan-lahan bangkit dengan hembusan semangat dan doa dari akak dan sahabat-sahabat. Saya rasa kuat bila akak ada kat sini sampai Ahad. Tapi bila akak balik Ahad tu rasa cam sunyi balik. Mula la saya nak buat perangai tak menentu saya. Tapi akak macam dapat rasa apa yang berlaku kat saya, tiap hari akak call berkali-kali dan mesej banyak-banyak. Buat semangat saya yang kian pudar, bercambah balik. Alhamdulillah hari ni saya mampu berdiri dengan senyuman walau sisa luka perjuangan tu masih terasa. Terima kasih sangat-sangat kak. Hanya ALLAH yang dapat balas segala pertolongan akak. Moga ALLAH berkati akak dunia & akhirat.

Tu apa yang berlaku pada saya. Tapi semalam lepas tahu cerita sebenar dengan lengkap insyaALLAH, barulah saya tahu. Keperitan yang saya rasa hanyalah secebis dari apa yang akak rasa. Langkah perjuangan saya baru setapak berbanding akak yang dah melangkah jauh. Tapi air mata saya yang gugur tak tahu dah berapa banyak. Agaknya kalau ditadah, cukup untuk buat samak. Tapi akak, tak pernah menangis depan orang. Pahit perjuangan akak telan sendiri. Betapa akak kuat hadapi semuanya. Cekalnya hati akak. Teguh pendirian akak. Moga semua tu menjadi saksi di akhirat tentang kesungguhan akak dalam berjuang.

Selama saya bersama akak, bekerja dengan akak, akak tak pernah cerita masalah akak. Gundah hati akak simpan dan adukan pada ALLAH. Walaupun kadang-kadang saya nampak akak dalam kesusahan. Akak sentiasa senyum. Berikan yang terbaik pada orang sekeliling. Apalagi mengalirkan air mata depan orang, jauh sekali. Bila dengar cerita akak ternangis semalam, saya jadi terkedu. Tak mampu nak respon pada si penyampai maklumat. Saya dapat bayangkan ujian yang menimpa tu terlalu berat. Kalau tak, tak semudah tu air mata akak akan mengalir kan..Saya jadi rasa bersalah sebab tak mampu buat apa-apa. Hanya doa senjata yang saya ada.

Akak srikandi yang kuat, yang cekal, yang hebat, yang POWER,
Moga ALLAH permudahkan segala urusan akak, ALLAH kuatkan akak dalam menghadapi ujian ni. Saya yakin akak mampu berdepan dengan semua ni. Sekarang pun akak boleh bergelak tawa ngan saya walaupun saya tahu akak sangat teruji. Itu tandanya akak kuat. Akak jangan putus asa. Saya teringin nak tengok akak yang sentiasa senyum dalam ujian macam yang selalu akak buat masa kita sama-sama dulu.

Akak,
Akak dah melangkah jauh. Dah banyak yang akak usahakan untuk dapat yang terbaik. Insya-ALLAH ianya kian hampir dengan kejayaan. Akak jangan mengalah kak. Jangan cepat pasrah. Saya akan sentiasa doakan akak. Akak jadi kuat macam yang akak nak saya jadi tau. Pasti ada hikmah kak.

Lagu ni untuk akak...=)

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

12 comments:

Sebutir Permata Yang Berharga said...

slm.terima kasih dik.terkejut akk.huhu..akk ttp manusia biase dik..yg xbyk kelebihan malah penuh kelemahan.
Firman Allah s.w.t:"nikmat Allah yang manakah yang kau dustai.."
dugaan itu sdikit dik nk dibanding nikmat yg terlalu byk tlh Allah beri.jd kenapa kita mesti bersgka buruk dgn Allah.
jadi,terus tabah ye adikku.bangun semula.tunjukkan nilai2 muslimat sejati pejuang abadi.sekali terjatuh bangun sgera.seperti burung yg b'terbgn.pasti byk yg ditempuhinya sepanjang perjalanan.angin yg kencang,hujan yg lebat,tiang2 & poko2 yg kadang2 tak perasan,haiwan pemburu yg byk disekeliling,dll lg.tp burung ttp hidup spt biasa.ttp riang berkicauan.menggembirakan org yg melihatnya dan menengarnya.walaupun t'kdg t'paksa berehat sbntar dek krn mncari tenaga mgharungi halangan yg seterusnya.
kenapa akk ambik cntoh burung?krn burung lah yg menunjukkan cara pengubumian pertama ketika anak Nabi Adam a.s. meniggal dunia.bererti pasti ada jua pengajaran lain yg blh diambil dr burung yg kita nmpak.
apepun,ade betul ada slh ape yg awk ckp tntg akk.i'm not that too strong person.akk ttp manusia yg perlu kpd org lain dan doa dr org sekeliling khususnya mak dan abah.jd,doakan akk terus istiqamah ye dik.doakan smua pejuang2 Islam terus istiqamah..
jgn nangis2 lg..teruskan melangkah ye dik.walaupun akk takde kat sane,akk yakin shbt2 byk memabantu.akk yakin.tp jgn kuat krn akk,akk hnya sbg wasilah.kuatlah kerana Allah s.w.t.krn yakin perancangan Allah itu paling cantik,paling sempurna.ye...
baarakallahufik dik...=)

Fazareez Fauzi said...

Salam..terharu isk2. Comment k.ainul kt atas blh wat 1 blog post..

mnx maap la klau ana mencelah, sp sruh ltk dlm blog..haha

cm psnn utk maisarah, 'kendur'2kn muka anda, jgn stress sgt..tkut teng0k..pa2 p0n all the best.

p/s: k.ainul cmna, dh ok ka lps 'stunt' ari tu..?

Ahmad Ridhwan said...

fazareez, orang tu kate jangan bace, ko bace gak pasal.... hish

sarah said...

to kak ainul: btul ckp fazareez, bleh buat 1 post.nway, syukran jazilan ukhti habibati..nk ckp lebih2 nnti kta msg ek.kt cni nnti fazareez bace lg.

to fazareez: btul ridhwan ckp tu..untuk kak ainul je..

x cukup kendur lg ke muka ana ni..kang senyum x bertempat ape org kate plak..

to ridhwan: bagus la nta ni..berdisiplin.bace arahan n patuh..=)

Fazareez Fauzi said...

terbaca...sp sruh tnjuk...

sarah said...

bukan tunjuk kt nta pn..tunjuk kt kak ainul je..

Anonymous said...

to maisarah,

I am the one who always see the behavior or someting like the value of the person to lead the people.Enti mempunyai value itu untuk memimpin,cuma Allah belum menentukan masanya yang sesuai untuk memimpin.Percayalah segala takdir dan keputusan Allah.

Berubahla untuk menjadi muslimah yang lebih open dan tidak sombong.

Jadi orang yang lebih kuat.Allah mengajar kamu untk jadi kuat.
Ternyata untuk sedikit ujian kamu cepat rebah,sudah tentulah Dia tidak membebankan kamu dengan sesuatu yang amat berat.Mungkin belum sampai masanya.

Kesedihan yang kamu hadapi bukanlah sebesar mane.Kecil sangat dengan kesukaran dan penderitaan orang lain.Jadilah kuat.



Kuat tahan dugaan dan cabaran hidup.

sarah said...

Syukran jazilan to anonymous. Sgt bermakna teguran tu. Ana terima dan sangat menghargainya. Ana suka teguran yang macam ni..

Cuma kalau boleh, nak tahu jugak la sape peribadi di sebalik 'anonymous' ni..

Fazareez Fauzi said...

practice make perfect...

sarah said...

apr yg practice make perfectnye?
x paham..

Anonymous said...

maaf,kekadang perlu di invisiblekan gelaran pengomen blog-blog orang..

nanti kene sepak terajang..hu3..

just let u know that the anonymous is a blogger's girl finding for the greatest truth..inshaAllah

Sebutir Permata Yang Berharga said...

in my memory...