Saturday

Termenung sekejap.

Alhamdulillah tamat sudah peperiksaan akhir untuk semester ini. Malam ini Hajar akan pulang ke kampung halaman. Hatinya melonjak girang. Namun dalam kegembiraan terselit sedikit debaran. Kepulangannya kali ini bersama misi nan satu yang perlu diselesaikan. Hatinya pasrah menerima ap jua keputusan ibu bapanya kelak. Apa yang penting, dia akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan persetujuan keduanya kerana di situlah letaknya redha ALLAH. Dalam hati dia berdoa, moga ALLAH permudahkan segala urusannya dan melembutkan hati kedua mereka.Ameen.
Sementara di Madinah sana, Hafiz baru selesai mendirikan solat sunat istikharah. Panjang doanya dalam sujud terakhirnya. Meminta petunjuk dalam membuat keputusan. Agar ianya yang terbaik buat dirinya, keluarganya, agamanya, dunianya dan akhiratnya. Esok insyaALLAH dia akan pulang ke tanah air untuk cuti musim panas selama 3 bulan. Kepulangannya kali ini Nampak seperti biasa. Namun, dalam hati terselit satu perasaan yang tak terungkap. Bimbang, takut, gembira…semuanya bercampur baur. Kepulangannya membawa hajat yang besar. Moga segalanya akan berakhir dengan kegembiraan buat semua pihak.
Selesai makan malam, Hajar membancuh kopi untuk ayahnya seperti kebiasaan. Itulah rutinnya jika dia berada di rumah, mengambil alih tanggungjawab ibunya. Ayahnya leka membaca tafsir al-Quran di anjung rumah ketika hajar datang bersama kopi di tangannya. Dia turut bersimpuh di sebelah ibunya yang leka mengait alas meja. Itulah rutin ibunya. Mengisi masa lapang katanya. Maklumlah, kini kedua mereka kembali menjadi pengantin baru. Anak-anak semuanya sudah berumah tangga dan tinggal dengan keluarga masing-masing. Tinggal lagi Hajar yang masih belum berkahwin. Masih belajar di UKM dalam bidang al-Quran dan Sunnah. Tinggal lagi 2 tahun.
“Ayah dengan ibu sihat?.”Soal Hajar memecah kesunyian.
“Macam ni la kami.”Jawab ibu bersahaja.
“Kamu macam mana? Apa rancangan kamu cuti panjang ni? Nak jadi guru sandaran lagi ke?.Soal ayahnya.Biasanya apabila tiba cuti semester begini, Hajar akan memohon untuk mengisi kekosongan sebagai guru sandaran di sekolah di sekitar kampungnya.
“InsyaALLAH ayah. Tengoklah kekosongan Ada rezeki ada la.Hmm..Ayah ibu, Hajar nak cakap sesuatu boleh? Terselit debaran yang bukan kepalang.
“Cakaplah Hajar. Macam serius je bunyinya.” Cepat ayah memintas.
“Hajar tak pandai nak berbasa basi. Hajar terus terang je lah ye.”
“Ibu dengan ayah pun tak faham kalau kamu berbasa basi.”Balas ibunya. Memberi sedikit kekuatan untuk Hajar terus menyampaikan hajatnya.
“Hajar nak minta izin ayah dengan ibu untuk berkahwin.”Hajar terus tunduk. Tidak dapat membayangkan reaksi keduanya. Bersedia untuk menerima bantahan atau apa sahaja. Lama dia tertunduk, namun kedua-duanya masih membisu.
Sejenak terpaku Haji Hasan dan Hajah Mariam. Tidak disangka sebenarnya Hajar pulang membawa hajat.Namun, kedua mereka bijak mengendali suasana. Setelah sunyi mengisi kekosongan mereka, Haji Hasan bersuara,
“Ayah sebenarnya ada juga terfikir untuk carikan jodoh untuk kamu. Tup tup kamu minta izin nak kahwin. Alhamdulillah la, senang kerja ayah. Cumanya, sebelum ayah izinkan, nak juga kami tahu siapa calonnya.”
Hajar mengurut dada sambil mengucap lafaz syukur dalam hati. Terdetik dalam hati, kalau niat dan caranya betul, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan semuanya.
“Hajar tak pernah ceritakan pasal dia pada ibu dan ayah. Tapi Hajar dah lama kenal dengan dia. Sejak kami sama-sama di Darul Quran lagi. Nama dia Hafiz. Dia senior dua tahun dari Hajar. Sekarang belajar di Madinah. Dalam bidang Usuluddin. Sekarang ni baru tamat sarjana muda kat sana. Tapi akan terus sambung Master dalam bidang yang sama.”Panjang lebar Hajar memperkenalkan calon pilihannya kepada kedua orang tuanya.
“Ayah dengan ibu tak kenal orangnya macam mana. Akhlaknya sejauh mana, thiqahnya tinggi mana. Hajar je yang lebih kenal. Tapi, ayah dengan ibu kenal sangat dengan anak kami ni. Jadi, kami tahu suami yang macam mana Hajar akan pilih. Jadi, kami yakinlah ini yang terbaik untuk kamu. Kalau kamu sudah berbincang dan bersetuju untuk sama-sama pikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri seiring dengan tanggungjawan sebagai pelajar, kami tiada masalah untuk izinkan. Yang penting kamu berdua bersedia.”Tenang Haji Hasan memberi keizinan dan sedikit nasihat buat puteri bongsunya.
Hajar diam sambil mengangguk faham.Dalam hati tidak putus diucapkan syukur. Alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya. Selesai berbicara sedikit sebanyak tentang perancangan tarikh dan persiapan asas, mereka sekeluarga masuk tidur.
Sebelum tidur. Hajar menunaikan solat sunat syukur. Ucapan syukur yang tidak terhingga diluahkan pada ALLAH atas segalanya. Baru meletakkan kepala ingin tidur, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
“Salam, maaf ganggu malam2 ni. Macam mana dengan parents anti.”Sedikit senyuman terukir di bibir Hajar. Mesej yang dinantikan. Sebenarnya, petang tadi mereka telah berpakat untuk sama-sama berbincang dengan keluarga masing-masing tentang hajat mereka untuk mendirikan bait muslim dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah ibu dan ayah ana setuju.”Ringkas balasannya.
“Alhamdulillah…keluarga ana pun tiada halangan.”balas Hafiz ringkas.
Kini, mereka hanya menghitung hari menanti detik bahagia. Moga-moga semuanya berjalan lancer kelak dan mujahadah mereka selama hamper 5 tahun berakhir dengan reality yang indah.

“Aku terima nikahnya Siti Hajar Hasan dengan mas kahwinnya RM80 tunai…”tenang Hafiz melafazkan akad yang merubah status hidupnya dan mentaklifkannya dengan tanggungjawab yang baru.
Di satu sudut, air mata Hajar mengalir tanpa sedar tanda syukur dengan ikatan yang baru termeterai. Kini, prioritinya adalah pada suaminya, bukan lagi ibunya. Dalam kegembiraan terselit kebimbangan. Adakah bersedia dia dalam menghadapi dunia baru ini?ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat mereka.

Hari ini, Hafiz akan pulang semula ke Madinah setelah bercuti selama hamper 3 bulan. Hajar tidak dapat menahan kesedihan. Baru sebulan mendirikan rumah tangga, mereka terpaksa berpisah lantaran tanggungjawab yang menanti. Inilah harga yang perlu dibayar atas kebahagiaan yang ALLAH kurniakan. Hafiz cuba menahan rasa melihat isteri tercinta sudah mengalirkan air mata. Tinggal kurang dari 15 minit dia akan masuk ke balai berlepas. Suasana yang sedikit hingar bingar langsung tidak mampu menghadirkan keceriaan dalam hati dua insan ini.
“Sayang, sayang perlu kuat hadapi perpisahan ini. Perpisahan kita ni untuk kesenangan kita kelak. Jangn terus menangis, abang tak sanggup tengok air mata sayang. Kalau sayang lemah, macam mana abang nak pergi dengan tenang.”Lembut Hafiz memujuk isterinya. Dalam hati, sebak menerpa. Tidak sanggup melihat air mata kekasih hatinya terus mengalir.
“Abang janji dengan sayang abang hubungi sayang selalu tau.”Hajar membuat permintaan di saat-saat akhir.
“Sayang, kita kan dah bincang benda ni semalam. Insya-ALLAh abang takkan mungkir janji. Sayang jaga diri baik-baik. Belajar rajin-rajin. Cepat kita habis belajar, cepat kita dapat bersama balik.”Hajar cepat-cepat menyalami tangan suaminya tatkala mendengar panggilan terakhir pesawat suaminya. Hafiz mengucup dahi isternya penuh kasih tanda cinta dan kasih takkan goyah dengan perpisahan ini. Sempat mereka berpelukan seketika tanpa menghiraukan mata-mata yang memerhati. Tiada salahnya kelakuan mereka. Mereka bergelar yang halal kini.
Dari jauh Hajar melambaikan tangan mengucap selamat tinggal.Dalam hati hanya ALLAH yang tahu peritnya menghadapi perpisahan ini. Namun, inilah perjalanan hidup mereka yang telah dipersetujui.

Hari ini, masing-masing memulakan rutin harian dengan semangat yang baru. Dalam kesibukan yang menghimpit, tetap ada ruang buat Hajar dan Hafiz untuk menghidupkan cinta jarak jauh mereka. Kalau tidak panggilan telefon, cukuplah system pesanan ringkas menjadi penghubung. Paling tidak, yahoo messenger digunakan. Pelbagai cara mereka gunakan untuk memastikan cinta mereka tetap mekar mewangi walaupun jarak memisahkan. Tiada alasan untuk tidak berhubung. Kata-kata semangat dan ucapan rindu tidak lekang antara mereka. Cukuplah ini sebagai bukti cinta mereka.
Hari demi hari, bulan berganti bulan, kini sudah setahun lebih mereka mendirikan mahligai cinta. Adatnya, kasih antara manusia akan pudar jika tidak kuat untuk terus memekarkannya. Mereka kian sibuk mengejar masa dan cita-cita. Ditambah tanggungjawab sebagai daie menyebabkan masa untuk menghidupkan cinta kian sempit. Semakin jarang mereka berhubung. Kadang-kadang hanya sekali dalam seminggu. Hajar tetap dengan cintanya walaupun tidak diluahkan. Walaupun masa lebih banyak dihabiskan untuk belajar dan berprogram, cinta untuk suami tidak pernah berkurang. Tapi, bagi Hafiz, hatinya kian kosong. Dia cuba untuk memahami situasi isterinya yang sememangnya seorang yang rancak dengan gerak kerja Islam sejak sebelum mereka menikah. Namun, jiwanya tetap tidak dapat lari dari rasa ingin mendengar kata-kata manja isterinya seperti di awal perkahwinan mereka. Cuba untuk dikawal dan terus menahan rasa. “Biarlah…isteriku sibuk berjuang, bukan membuang masa.”Itulah kata-kata yang memujuk hatinya tika kesunyian melanda.

Mala mini Hafiz akan menaiki pesawat pulang ke Malaysia. Setelah 5 tahun berada di rantauan, menimba ilmu dan pengalaman, esok dia akan memulakan hidup di Malaysia sebagai seorang graduan yang memiliki Master dalam bidang Usuluddin. Segala perancangan masa depan telah diatur serapi mungkin, namun pelaksanaannya dibiarka pada ALLAH untuk menentukan yang terbaik di samping berusaha bersungguh-sungguh. Sebelum menaiki pesawat, Hafiz sempat menelefon Hajar memberitahu waktu ketibaannya di KLIA esok. Hajar gembira bukan kepalang. Setelah hamper 2 tahun tidak bertemu mata dengan kekasih hati, esok akan menjadi sejarah buat mereka berdua dalam menjalani kehidupan baru. Pelbagai perancangan diatur untuk memberi kejutan buat suami. Diri dihiasi sebaik mungkin agar tampil menarik di mata suami. Namun, satu persoalan terus bermain di fikiran sejak Hafiz menghubunginya memberitahu tentang kepulangannya, kata Hafiz dia pulang bersama seorang teman buat Hajar. Siapalah agaknya teman yang Hafiz maksudkan?
Suasana di KLIA kian meriah. Segenap ruang mula dipenuhi manusia dari pelbagai daerah yang menanti kepulangan ahli keluarga. Dari jauh, Hajar sudah Nampak susuk tubuh Hafiz yang semakin berisi. Bahagia mungkin dengan pernikahan mereka walaupun berjauhan, hatinya meneka. Senyuman paling manis diukir untuk suami tercinta. Di sisi Hafiz terdapat seorang wanita yang bertudung labuh dan berniqab. Mungkin inilah teman yang Hafiz maksudkan. Siapakan dia? Istimewa sangatkah sehingga ingin memperkenalkan kepadanya? Hajar hanya diam akur. Beberapa saat lagi segalanya akan terungkai.
“Abang sihat?”soal Hajar sambil mengucup tangan suaminya. Terasa seakan luruh sudah semua bebanan rindu yang ditanggung selama 2 tahun.
“Alhamdulillah…”Hafiz tersenyum penuh bahagia. “Ni abang kenalkan Sofea, isteri kedua abang.” Tenang Hafiz menutur kata. Namun kata-kata itu ibarat halilintar buat Hajar. Serasa ingin rebah di kala itu juga mendengar status Sofea. Terasa gelap dunianya. Dicuba berlagak tenang walaupun tangannya menggigil menahan rasa.
“Apa khabar Hajar?”Sofea memulakan bicara selepas hamper 10 minit mereka menyepi.
“Alhamdulillah sihat.”Senyuman cuba diukir semanis mungkin. Tidak mampu untuk melontarkan soalan balas. Lidahnya kelu.

Suasana di bilik yang dihias indah itu sunyi yang amat. Selepas pulang dari KLIA, Hafiz menghantar Sofea ke rumah orang tuanya kerana malam ini adalah giliran Hajar. Dan sememangnya dia sengaja ingin bersama Hajar pada malam ini untuk menghuraikan segala persoalan yang bermain di benak Hajar. Segalanya akan diselesaikan dan diterangkan kepada Hajar sebaik mungkin. Dia bersedia menghadapi segala kemungkinan.
“Kenapa?”Sepatah keluar dari mulut Hajar. Suaranya dikawal agar kedengaran tenang.
“Maafkan abang. Abang gagal dalam melawan nafsu abang. Abang gagal untuk memahami kesibukan sayang. Bukan abang tak cuba, tapi abang tak mampu.”Hafiz membela diri.
“Sayang minta ampun dan maaf atas kesibukan sayang sehingga mengabaikan abang. Selama ini sayang yakin abang faham dengan segala gerak kerja sayang. Abang sudah kenal sayang bertahun lama sebelum kita menikah. Dan abang sangat arif tentang kesibukan sayang. Tapi, sayang tak sangka rupanya abang belum benar-benar memahami perjuangan sayang.”Air mata mula menitis di pipi Hajar.
“Sayang, abang ni manusia biasa. Abang punya naluri untuk dimanjakan. Mana mungkin abang mampu untuk bertahan sekiranya di sekeliling abang, kawan-kawan semuanya bermesra dengan isteri dan anak-anak. Tapi abang, isteri dah la jauh, jarang pula dapat berbual di telefon. Emel abang tak pernah sayang balas. Abang sunyi sayang..”Hafiz mohon dimengerti.
“Maafkan sayang, sayang hampir melupakan status diri sayang. Terlalu mengejar perjuangan di luar namun gagal dalam perjuangan rumah tangga yang baru setahun jagung.”Ditahan sendu yang kian menggila.
“Sayang, sayang tak kurang apa-apa. Silapnya pada abang kerana gagal memahami kerja sayang.”
Diam…
“Abang, sayang sudah fikirkan apa yang terbaik buat kita. Bermula esok, kita berpisah buat sementara. Kita saling muhasabah diri. Perbaiki apa yang kurang. Kita bawa haluan masing-masing. Dalam tempoh itu, kita fikirkan apa yang terbaik untuk masa depan kita. Cuba kita insafi, masih tinggikan rasa cinta antara kita.Moga-moga dengan perpisahan ini, kita akan lebih matang. Dan abang jangan risau, dalam tempoh ini, abang boleh bersama Sofea. Hajar halalkan bahagian Hajar untuk diberikan pada Sofea.”

Setahun berlalu…
Hari ini seperti yang dijanjikan semalam, Hajar dan Hafiz akan bertemu kembali. Selama tempoh perpisahan sementara itu, mereka langsung tidak saling menghubungi. Mereka benar-benar menggunakan runag ini untuk mencari diri dan cinta yang kian pudar.
“Assalamualaikum…”Hafiz memulakan bicara.
“Waalaikumussalam…”Balas hajar tenang. Mata mereka bertentangan seketika. Ada rindu yang terpancar di situ.
“Macam mana?”Hafiz menyoal. Tidak mampu lagi untuk menahan debaran menanti keputusan dari mulut Hajar.
“Izinkan saya mulakan.” Ganti diri ‘sayang’ telah bertukar kepada ‘saya’. Hafiz tersentak. Namun dikawal rasa. Hafiz mengangguk tanda mengizinkan.
“Setelah setahun kita membawa haluan masing-masing, saya berusaha mencari diri dan memuhasabah segala yang berlaku. Setahun ini juga, saya mencari cinta untuk awak dalam hati saya. Alhamdulillah saya temui cinta itu. Dan ia masih kekal di tempatnya dan tidak berubah dan mungkin takkan berubah. Biarkan ia terus mekar di situ. Apa yang lebih penting saat ini adalah. Keputusan awak. Awak yang menentukan rentak hidup masa depan kita. Saya hanya akan bersetuju walau apa pun keputusan awak kerana saya yakin dengan kredibiliti awak sejak dulu.”Lega Hajar dapat meluahkan segalanya.
“Terima kasih atas rasa cinta yang tidak pernah pudar buat saya. Saya sangat hargainya dan akan terus menghargainya. Sepanjang perpisahan ini, saya juga mencari cinta untuk awak. Dalam masa yang sama, saya muhasabah diri, kenapalah iman saya terlalu nipis. Jujurnya, sehingga saat ini, saya masih gagal mencari di mana sebenarnya letak cinta untuk awak dalam hati saya. Maafkan saya.”Terbit rasa kesal di situ.
“Kita dah cuba yang terbaik buat kita. Dan natijahnya hari ini, kita sebenarnya tidak sehaluan. Cinta yang ada dalam diri saya tidak mampu menjamin kebahagiaan kita di masa depan. Kita perlu membawa haluan masing-masing. Jika perpisahan adalah yang terbaik, sama-samalh kita redha.”Air mata tidak dapat ditahan lagi.
Saat lafaz yang berat itu diluahkan, menitis jua air mata lelakinya. Saat ini, Hajar bukan lagi milik mutlaknya. Mereka akan memulakan hidup baru dan mencipta bahagia buat diri masing-masing.

Kini, Hafiz kian bahagia menanti kelahiran cahaya mata sulungnya benih cintanya bersama Sofea. Manakala Hajar masih merantau menuntut ilmu mencari harga diri. Dan cinta buat Hafiz tetap di situ…



p/s: sape yang salah?

15 comments:

Fazareez Fauzi said...

Salam,

dh bnyk entri2 mcm ni ya...erm, klu dlu ana slalu kata, persoalan cinta ini kdg2 memebuat kita 'terpesong' dr hadaf yg lbih besar. Tp prkara yg ana anggap remeh ini juga kdg2 membantutkan hadaf utama dn lbih besar itu. dan ana mula menilai kembali.

mmg ada yg leka dgn kesibukan yg lain shgga mengabaikn rmh tgga, dan x krg juga yg terlalu leka dgn rmh tangga shgga meninggalkan jalan dakwah. Cuma, jgn sandarkan kslhn kpd jln ini, krn inilah jalan yg ditaklifkn oleh Allah, dan kita telah menyahutnya dan telah berjanji pd Allah sejak azali lg...

dlm persoalan di ats, utk mghukum siapa yg slh agk tdk adil. Krn lumrah manusia melakukan kesalahan. Cuma, carilah persefahaman antr keduanya, krn perkahwinan menuntut faham dan pengorbanan. Perkahwinan bkn hanya utk keseronokan dunia, tp juga jln pembebasan dr api neraka kelak...

wallahua'lam. Jwpn yg dhoif dr org yg tiada penagalaman...

sarah said...

syukran ats komen...hmm..ana terkedu sbb kwn ana yg cite.jdnye cm khayalan, tp tu la realitinya...sbnrnye rmhtgga tu pn dakwah n perjuangn. tp ana ambik jln mudah, ujian ALLAH tu d mane2 n pelbagai..yg pntg perjuangn tu x slah.

Mohd Hazimin Harun said...

madnot mmg semangat...

Fazareez Fauzi said...

Spt yg ana katakan td, pd awalnya mmg ana x bersemangat dan x berminat bab2 ni. Ttpi memandangkan sejak akhir2 ni, 'percintaan' ini telah 'membunuh' pejuang agama dan smkin meruncing, maka ana perlu mengambil cakna agar gejala 'membunuh' pejuang ini tdk berleluasa terutama di klgn golongan yg lemah...

sarah said...

setuju ngan fazareez.

shoe said...

fazareez mmg smgt bab ni

hm,sarah..
termenung sekejap gak..

sarah said...

syu, termenung kejap da la..jgn lame2..=)

Sebutir Permata Yang Berharga said...

sume nk termenung..ish3..=)

shoe said...

lek ar kak..
kami tahu 'ini' bukan prioriti kami lagi :)

men2 jek sekali-sekala..
Insyaallah..serius utk bekerja. heh

Sebutir Permata Yang Berharga said...

hehe...
main2..main2..=)
dik sarah tu bkn leh main2..tetibe jd serius lak nnti..huhu~~

Fazareez Fauzi said...
This comment has been removed by the author.
Sebutir Permata Yang Berharga said...

aha..di hati?ye ke?nta ni tau2 jek..=)
nta jgn kcau adik ana..skit2 tak pe..jgn smpai die ngis tau..=)die ngis,siap la...

sarah said...

fazareez!..tgk tu..
kpd sape2 yg bukak blog ni,sile jgn percaya kenyataan fazareez kt atas tu!
tau2 je dia ade seseorg kt hati org..

Fazareez Fauzi said...
This comment has been removed by the author.
sarah said...

xde mknanye sape2 nk pujuk..
makin menjadi ye nta ni...rase cam nk ketuk2 je..saba2..huh.
xde2..ana x nk org klntn!