Friday

Zinnirah


Alhamdulillah ALLAH bagi peluang untuk berkongsi ilmu dalam Bicara Wanita tadi. Sebenarnya saya bukanlah yang selayaknya untuk berada di pentas itu, tapi disebabkan aturan ALLAH yang menghantar saya menggantikan Puan Junaidah @ Kak Jun kerana beliau ada masyaqqah. Semalam, ketika Kak Ela selaku penggerak Bicara Wanita musim ini menghubungi saya minta untuk gantikan Kak Jun, termenung sejenak. Terdetik dalam hati, betul ke Kak Ela ni? Tapi setuju je. Lepas dah setuju, terdetik pulak, sempat ke nak buat persiapan ni. Mana nak siapkan assignment, mana nak siapkan case review dan mana nak ready untuk presentation. Tapi, dalam masa yang sama terdetik jugak dalam hati, mesti ada hikmah kenapa ALLAH gerakkan hati Kak Ela nak saya gantikan. Jadi, saya serahkan pada ALLAH, yakin ALLAH mesti tolong...=)

Jadi semalam lepas siap meeting MPP, terus balik siapkan assignment pastu tidur kejap. Lepas tu bangun siapkan slide yang tak seberapa. Tajuk yang diberi Tokoh Teladan Sepanjang Zaman. Lepas minta pendapat teman serumah, Zinnirah menjadi pilihan. Jujurnya, tak banyak yang saya tahu tentang Zinnirah ni. Tapi takpe, search la kat internet dan tanya kawan-kawan yang pakar dan Alhamdulillah dapatlah input sedikit sebanyak.

So, entry kali ni nak cerita tentang Zinnirah. Ok, Zinnirah ni ialah seorang gadis yang berasal dari Rome. Dilahirkan dalam keluarga yang susah, tidak punya harta yang banyak apatah lagi pendidikan yang tinggi. Selepas berlaku peperangan besar (saya tak pasti peperangan ape) dia terpisah dari keluarganya. Dari situ, bermulalah kehidupannya sebagai seorang hamba. Sejak menjadi hamba dia banyak kali bertukar milik. Sehingga satu hari, ALLAH takdirkan dia menjadi hamba kepada Umar al-Khattab yang ketika itu belum memeluk agama Islam. Seperti kita maklum, Umar al-Khattab seorang yang sangat bengis dan sangat memusuhi agama Islam dan Rasulullah s.a.w.. ALLAH takdirkan, suatu hari Zinnirah memeluk Islam dengan bantuan seorang kenalan yang juga merupakan seorang hamba. Namun di awal penganutannya dalam Islam, dia terpaksa menyembunyikan segala ibadah dari pengetahuan Umar memandangkan Umar sangat memusuhi agama ALLAH ini.

Ditakdirkan suatu hari, ALLAH nak uji aqidah Zinnirah, Umar terdengar Zinnirah membaca al-Quran. Langsung Umar naik marah. Bermula dari itu pelbagai seksaan dikenakan pada Zinnirah. Bermula dari sepak terajang hingga digambarkan lemah longlai tubuh Zinnirah yang dikatakan seorang yang lemah lembut. Belum cukup, dia diikat tangan dan kaki dan dijemur di tengah panas terik. Namun aqidah masih tetap utuh. Kemuncak seksaannya, dia diikat di tiang di pinggir bandar dan matanya yang digambarkan sangat cantik, dikorek keluar dengan besi panas. Namun, sedikit pun tidak berganjak aqidahnya.

Kemudian ALLAH datangkan bantuan melalui Abu Bakar yang ketika itu telah menganut agama Islam, membeli Zinnirah dengan harga yang tinggi. Selepas itu bermulalah kehidupan Zinnirah yang baru. Beliau terus dengan ibadahnya walaupun kedua-dua matanya telah buta. Kerana ketetapan aqidahnya, ALLAH hadiahkan mata yang baru yang bercahaya. Dan disebabkan peristiwa ini, ramai kaum Quraisy yang mula memeluk Islam. Sedar atau tidak, pengorbanan Zinnirah ini antara titik tolak yang membawa Islam sehingga sampai kepada kita. Alhamdulilah...

-Nak kongsi lagi, tapi tengah rushing, inshaALLAH sambung nanti.

2 comments:

Sebutir Permata Yang Berharga said...

tahniah dik krn dpt buat yg terbaik... terbaik dari ladang..(^_^)

sambung cpt kisah zinnirah nih...dh ar tak dpt g dgr td...(mood;frust)

Anonymous said...

salam..sy prnah dgr byk versi crita zinnirah sbnrnya... smpi keliru mne satu yg btul. tp, versi yg ni sy xprnah dgr plak.. klu x jd ksulitan blh sertakn sekali rjukan crita ni??

sbb bmbang trsalah ambil dri sumber yg xbtul... yg trlibat dlm crita ni adlh shbt RasuluLLah...

btw, keep writing..:)